Kenapa saya
pilih Rafizi tetapi berbeza isu khemah besar?
SAYA PILIH
RAFIZI BUKAN SEBAB BENCI SAIFUDDIN
Masih ramai
kawan2 bertanya kenapa saya memilih Rafizi tetapi tidak sependapat dgn isu
khemah besar. Sebenarnya saya telah memberi penjelasan serba sedikit
mengenainya. Saya pilih Rafizi kerana pilihannya ada dua… Rafizi atau
Saifuddin.
Tetapi bukan
bermakna saya pilih Rafizi saya benci Saifuddin. Saya adalah peminat Saifuddin
dlm memberi hujah2nya dipentas ceramah. Bagi saya tugas Saifuddin sebagai
Setiausaha Agung mesti dikekalkan. Saifuddin ada tempat di hati org2 Melayu
semi bandar dan luar bandar.
Saya memilih
Rafizi selepas melihat kegagalan PH terutama PKR dlm 4 PRN yg lalu. Saya kecewa
seolah olah tiada ‘post morterm’ yg mempunyai fakta yg jelas dilakukan oleh
parti. Semua main agak2 sahaja. Malah tiada blueprint yg dilakukan sebaliknya
penuh dgn alasan demi alasan hinggalah 4 PRN PKR tewas teruk.
Semua tidak
mahu mengaku kegagalan mereka. Ada berhujah kerana soal logo. Jika saya
Presiden… jika logo menjadi salah satu faktor utama bermakna kita yg gagal memberi penerangan atau buat kerja
utk rakyat kenal. Bila guna logo sendiri sama sahaja kalah teruk. So logo
sebenarnya bukan isu.
Bila saya
komen isu penerangan gagal bukan bermakna saya benci Syamsul. Bagi saya Syamsul
gagal di situ kerana mungkin latar belakang akademinya bukan sebagai org penerangan.
Bukan juga bila saya kritik penerangan saya nak jawatan itu tetapi saya kritik
sebab tak mahu PKR terus tenggelam.
Tak guna
kita berlawan sesama sendiri. Jadi saya pilih Rafizi sebab dia ada strategi.
Fokus menyerang Najib dan menarik pengundi atas pagar dan anak muda itu sgt
tepat. Ia sama fikiran yg saya selalu sebut malah waktu di Bukit Gasing saya
telah menyampaikan perkara yg sama.
Pelancaran
‘Ayuh Malaysia’ sgt baik sebagai satu bentuk kempen bersepadu dan fokus kpd
kelompok pengundi atas pagar yg mereka mengundi berdasarkan isu2 semasa.
Kenapa saya
tidak bersetuju dgn pandangan Rafizi tentang khemah besar? Strategi saya adalah
lebih baik kita berunding walaupun berisiko. Risiko tetap ada samada dgn parti
pembangkang yg lain mahupun komponen PH malah dari MP PKR sendiri. Ada jaminan
DAP atau Amanah tidak akn khianati?
Malah
sejarah membuktikan pengkhianatan dilakukan oleh Tim Presiden PKR sendiri dan
Ketua Wanitanya. Kita menolak Mahathir tetapi kita perlu berunding dgn Bersatu
dan PAS utk menidakkan kemenangan BN utk PRU15.
Bagi saya
strategi Rafizi akn memakan sedikit masa. Biar 2 in 1… Rafizi fokus kpd
pengundi atas pagar dan pengundi muda… manakala Anwar dan Saifuddin berunding
utk kerjasama dgn pembangkang kecuali dgn parti Mahathir. Strategi ini diakui
pemimpin2 UMNO jika kita bekerjasama BN akn tewas pada PRU15.
Bukan saya
malas tetapi saya tidak mahu kesannya lebih besar kpd rakyat. Dlm keadaan BN
belum sebagai kerajaan mutlak mereka sgt berkuasa apatah lagi bila mereka
menjadi kerajaan.
Saya mahu
kita kerjasama kerana saya tidak mahu Rafizi ke dlm penjara. Lihatlah apa
terjadi kpdnya dan Anwar bila BN berkuasa. Anwar dan Rafizi diberi tekanan dan
disekat dari bertanding dlm PRU14.
BN tahu
gabungan Anwar dan Rafizi mampu menggugat mereka kerana keduanya adalah
fighter. Jadi Anwar disumbatkan ke penjara dan Rafizi didakwa dgn pelbagai kes
di mahkamah. Akhirnya suara mereka tidak kedengaran di Parlimen.
Dlm tempoh
beberapa bulan ratusan billion wang rakyat dibelanjakan begitu sahaja, Najib
sgt berleluasa, kes2 korupsi terlepas begitu sahaja dan bermacam mcm lagi …
sanggupkah rakyat berdepan dgn 1,800 hari lagi? Belajarlah pengalaman ngeri
kita di bawah BN.
Jadi
pendirian saya adalah lebih baik kita mengambil risiko utk perancangan masa
pendek daripada kita pastinya menjadi pembangkang utk 1,800 hari. Dlm tempoh
1,800 hari lagi jika kita menjadi sebahagian dari kerajaan… kita fokus utk
kembalikan keyakinan rakyat terutama golongan pengundi atas pagar dan anak
muda.
Rafizi boleh
terus fokus menambat kenyakinan rakyat. Apatah bila jadi kerajaan Rafizi lebih
mudah menggunakan media kerajaan utk menyampaikan mesej2nya.
Kita jgn
ulangi kesilapan lalu iaitu tidak melayani isu popular rakyat. Bila kerajaan
barulah kita kena mendidik perlahan lahan seperti kita menasihati anak2 kita.
Dlm agama
pun Allah ajar kita melalui kisah Nabi Musa yg diminta bercakap lemah lembut
dgn Firaun. Jgn ulangi kisah menghalang merokok di kedai makan hanya baru
beberapa bulan menang PRU. Rakyat atau pengundi ini ibarat customer kita yg
perlu dilayank dan dididik perlahan lahan.
Jadi jelas
kenapa saya memilih Rafizi. Pertama saya tidak mahu Rafizi dipenjarakan dan
kedua saya m mahu melihat ada keseimbangan kerana sebelum ini DS Anwar seperti
lone ranger dlm berperang dgn lawan… menyeranglah dia, pertahankan diri bila
diserang pun dia…mana pemimpin2 PKR yg lain?
Berbeza
sedikit pandangan dgn Rafizi itu perkara biasa. Kita raikan perbezaan. Siapa
menang atau kalah ia adat pertandingan asalkan kita sesama kita yg bencikan
rasuah ini bermasam muka.
Jebat pernah
berkata kpd Tuah, andai Tuah bersama dgnnya negeri Melaka akn ditawan. Jadi
kita mahukan gabungan Anwar dan Rafizi akn menjadi parti kita lebih kuat tanpa
menidakkan tokoh2 lain di dlm parti.
We are all
Tuah & Jebat.