JANGAN TAKAT HUTANG PTPTN..TU SIKIT JA JANJI...5 HARI SAJA PAS PERINTAH SEMUA SELESAI...KATA PIMPINAN AS....ARAK,JUDI,LAINLIAN SEMUA AKAN DIHAPUSKAN. BILA DUDUK DALAM KERAJAAN . JUDI YANG PH TURUNKAN DARI 8 KALI , SEKUTU PAS NAIK KAN SEMULA 22 KALI, PAS BUAT BUAT TAK NAMPAK...HANGPA PERCAYA LAGI KA PAK LEBAI CAKAP MACAM MACAM.KAH..KAH...LEBAI ...LEBAI....
PETALING JAYA: Ketua Setiausaha Pengelola PKR Nik Nazmi Nik Ahmad menolak dakwaan bahawa kemenangan Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya yang lalu (PRU14) adalah kerana janjinya untuk menghapuskan hutang peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Beliau memberi maklum balas itu susulan kenyataan Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki yang mendakwa ramai yang termakan “pembohongan” PH untuk menghapuskan hutang pelajar terbabit.
Dalam catatan Facebook hari ini, Nazmi berkata, PAS yang membuat janji sedemikian.
“Jika Asyraf ingin menuding jari berkaitan pemansuhan (hutang) PTPTN, adalah lebih baik kemarahan itu dihalakan kepada PAS, yang kini berada dalam kerajaan pusat lebih lama daripada PH.“Andainya Asyraf mengkaji perbandingan manifesto PRU14, sudah pasti dia menemui janji PAS untuk memansuhkan terus hutang PTPTN,” katanya.
Ahli Parlimen Setiawangsa itu menegaskan, satu-satunya janji yang pernah dibuat oleh PH adalah untuk menangguhkan pembayaran sehingga graduan memperoleh pendapatan bulanan RM4,000.
“Kita mengerti PTPTN merupakan bebanan untuk graduan, lebih-lebih di Malaysia masalah gaji permulaan graduan yang rendah masih berlaku,” katanya.
Menurutnya, individu yang harus bertanggungjawab berhubung isu hutang PTPTN ialah pengerusinya, Wan Saiful Wan Jan, memandangkan beliau dilantik sejak PH mengambil alih pentadbiran.
“Bagi PH, orang paling utama yang perlu bertanggungjawab dalam isu ini adalah Wan Saiful Wan Jan, memandangkan beliau diberikan amanah sejak zaman PH hingga ke hari ini sebagai pengerusi PTPTN.
“Malangnya, bermula dari zaman PH sehingga ke hari ini, Wan Saiful dan pasukannya belum datang dengan kaedah pembayaran yang mampu membantu para graduan,” tambahnya.