LAPANGAN TEEBANG SUBANG DITUTUP TIBA TIBA PAGI INI

 

Lapangan Terbang Subang ditutup secara tiba-tiba tanpa notis pagi ini. Flight dari Pulau Pinang jam 8.40am tak dapat take off. 


Semua penumpang terkandas, dah naik kapal terbang kena turun semula. Kami tidak dimaklumkan pukul berapa flight akan berangkat, hanya disuruh untuk tunggu.


Anak kapal bagitau bahawa penutupan ialah kerana lintas lalu kapal terbang TUDM sempena Hari TUDM.


Kita tak halang program TUDM, tapi kegagalan pihak berkuasa lapangan terbang menguruskan jadual penerbangan amat tidak bertanggungjawab sekali.


Ini bukan kecemasan, ini program berjadual, kenapa pihak lapangan terbang tidak memaklumkan syarikat penerbangan lebih awal supaya tiket tidak dijual pada slot ini ataupun notis lebih awal diberikan kepada penumpang.


Berapa lagi flight yang kena tunda pagi ini kerana kegagalan dan sikap tidak bertanggungjawab pihak berkuasa lapangan terbang?


Unacceptable!