*Bezanya Malaysia dgn Singapura MALAYSIA KAYA SUMBER ALAM TAPI MISKIN*
Di Singapura tiada reban ayam tapi bekalan ayam mereka sentiasa mencukupi. Sdgkan di Malaysia begitu byk kilang ayam tapi ayam tidak mencukupi.
Singapura mereka tidak ada sungai seperti di Malaysia tetapi utk sumber minuman mereka tidak adalah masalah bekalan air dan juga air bersih utk rakyatnya.
Singapura tiada minyak seperti di Malaysia tetapi mereka menjadi negara ketiga terkaya di dunia sedangkan Malaysia negara yg kaya sumber minyak tetapi mempunyai hutang trillion ringgit.
Di Singapura penduduk yg tidak beragama mencapai 20% iaitu lebih tinggi dari penduduk Islam di negara itu yg hanya sekitar 13% tetapi negara mereka antara 3 negara terbaik di dunia dari rasuah.
Singapura penduduknya hanya 5.4 juta org tetapi berjaya mengatasi pungutan pingat Malaysia pada temasya Sukan Sea.
Singapura hampir tidak ada sumber daya alam, Singapura berhasil bangkit melalui kerja keras dan kebijakan cerdas menjadi salah satu tempat paling mesra utk perniagaan di dunia.
Kenapa Malaysia mundur sdgkan ia sebuah negara yg kaya dgn sumber alam?
Di Malaysia bila rakyat perlu air bersih pemimpinnya suruh mandi air telaga. Di Malaysia bila kerap banjir hingga kerugian berjuta juta ringgit pemimpinnya hanya berkata ia berpunca dari hujan.
Di Malaysia jika harga ayam mahal pemimpin suruh rakyat makan sayur. Di Malaysia bila bekalan ayam tidak mencukupi pemimpin suruh rakyat pelihara 5 ekor ayam setiap keluarga.
Singapura lebih hebat dari Malaysia sb mereka tiada pemimpin otak seperti pemimpin kita. Di Singapura mereka tiada BN. Di Singapura pemimpin2 mereka tidak korup. Di Singapura pemimpin bekerja utk rakyat berbanding di Malaysia rakyat bekerja utk mengkayakan pemimpin.
Tanpa agama Islam sebagai agama rasmi, tanpa perlu PM Islam… Singapura lebih mengamalkan prinsip Islam berbanding Malaysia pemimpin2 nya terpalit dgn pelbagai isu rasuah. Di Malaysia agama Islam bukan utk pegangan tetapi utk dagangan.
Ketahuilah rakyat Malaysia… Singapura itu negara yg sgt kaya kerana pemimpin2 tidak menipu rakyat dgn ideologi perkauman dan agama. Pemimpin mereka tidak makan duit rakyat dan paling penting rakyat *Singapura* tidak mudah ditipu oleh pemimpin2 mereka.