KEH..KEH...INI DATA KEK NAJIB BAGI PADA RAKYAT.....EKONOMI ZAMAN DIA MERUDUM KERANA SELEWENG KOT ?


 







  LIYANA MARZUKI


Ada ex-PM dok canang zaman dialah ekonomi Malaysia paling baik. “Kek” ekonomi negara paling besar dibuatnya.

Dengan tak malunya,dia angkat bakul sendiri seolah2 nak tunjukkan dialah PM paling bagus yang kita ada.

Eloklah kita tengok fakta dan data ekonomi, daripada terus percaya auta dia.

(i) Kadar KDNK Pertumbuhan negara

Zaman dia memerintah purata pertumbuhan KDNK hanya 5.4% untuk 2010-2018, berbanding 9.5% (tahun 1988-1996).

(ii) Ranking Eksport dan import global

- Tahun terteruk eksport dan import Malaysia ialah pada tahun 2009 dan 2010. Masa dia memerintah.

- Ranking Elsport Global Malaysia dari tangga ke-18 dalam dunia (2004) turun ke tangga 23 (2010) dan turun lagi tangga ke-26 (2018).

- Sebagai perbandingan Vietnam tangga ke-50 (2000) sekarang telah mendahului kita di tangga ke-22. Thailand juga potong kita pada tangga ke-25.

(iii) Pelaburan Langsung Asing (FDI)

- Daripada menjadi antara destinasi utama pelaburan asing pada awal tahun 2000, namun bermula sejak tahun 2016 Malaysia merudum dari segi FDI.

- Singapura, Thailand dan Indonesia jauh meninggalkan kita. Pada tahun 2015 juga, negara Vietnam yang dulunya ke belakang, sekarang melonjak FDInya mengalahkan Malaysia. Ini semua berlaku masa dia memerintah Malaysia.

(iv) CPI- Kadar Kuasa Belian Pengguna

- Mengikut Jabatan Statistik, kuasa beli isi rumah menyusut 16.7% berbanding 10 tahun lepas. Maknanya harga barang banyak meningkat sejak zaman dia.

(v) Ekuiti korporat warga tempatan

- Pemilikan ekuiti Bumiputera jatuh dari 23.4% (2011) kepada 16.2% (2015).

- Pegangan ekuiti bukan Bumiputera menurun dari 34.8% kepada 30.7% dalam tempoh yang sama.

- Untuk perbandingan, pemilikan ekuiti warga asing meningkat dari 37.2% kepada 45.3%.

Maknanya, masa dia memerintahlah ekuiti asing bertambah dalam negara. Orang tempatan pula makin hilang harta.

(vi) Laporan tahun 2018 menyatakan Tanah Rezab Melayu hanya tinggal 12% sahaja.

Ini semua cerita “zaman kegemilangan” dia yang Kerajaan baru kena warisi.

Belum lagi cerita dia kena scam dengan Jho Low sampai negara berhutang berpuluh bilion. Sampai nama Malaysia busuk satu dunia.

Yang herannya, ada juga pentaksub masih percaya GEBANG seorang “mangsa scam”, mengajar orang lain uruskan ekonomi negara.

Doakan mereka ini terbuka hati dan minda untuk lihat fakta, dan tak hanyut dengan mainan cytro dan propaganda berbayar.

#ohmalaysiaku #ohbosslu