AGAK AGAK LEPAS KA JIKA MENETAK ORANG ??? JANGAN KUTIP SABUN SUDAH




5 diburu polis dalam kes lelaki maut ditetak di Bukit Mertajam



facebook sharing button 
twitter sharing button 
whatsapp sharing button 
email sharing button 

Tangkap layar daripada video tular menunjukkan seorang wanita
 kelihatan memegang senjata tajam dengan mangsa parah terbaring di
 tepi jalan.

BUKIT MERTAJAM: Polis mengenal pasti identiti lima individu disyaki terlibat menyerang seorang lelaki yang cedera parah, selepas ditetak dan ditikam berhampiran sebuah medan selera di Kampung Baru di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Shafee Abd Samad berkata, ketika ini, pihaknya giat mengesan empat lelaki dan seorang wanita terbabit yang dipercayai bersembunyi di sekitar negeri ini.

“Berdasarkan siasatan, lima suspek tersebut dan lelaki yang maut dalam kejadian itu memang saling mengenali satu sama lain, namun kami masih menyiasat motif sebenar pergaduhan membabitkan mereka.

“Polis kini giat memburu semua yang terlibat dalam kejadian itu dan kami minta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung suspek agar menyalurkannya kepada pihak polis,” katanya ketika dihubungi semalam.

Katanya, laporan bedah siasat mendapati lelaki berusia 30-an itu meninggal dunia akibat kecederaan parah selepas diserang dan ditikam, dikelar serta ditetak di seluruh badan oleh kumpulan penyerang itu.

Shafee juga meminta orang awam yang menyaksikan kejadian itu tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Ahmad Shahir Adnan di talian 019-9517045 atau 04-5382222 atau mana-mana balai polis berdekatan.

Dalam kejadian 8 malam itu, lelaki yang cedera parah itu dihantar ke Hospital Bukit Mertajam untuk rawatan sebelum dilaporkan meninggal dunia di sana.

No comments: