LIYANA MARZUKI
Ada ex-PM dok canang zaman
dialah ekonomi Malaysia paling baik. “Kek” ekonomi negara paling besar
dibuatnya.
Dengan tak malunya,dia angkat bakul sendiri seolah2 nak
tunjukkan dialah PM paling bagus yang kita ada.
Eloklah kita tengok fakta dan data ekonomi, daripada terus
percaya auta dia.
(i) Kadar KDNK Pertumbuhan negara
Zaman dia memerintah purata pertumbuhan KDNK hanya 5.4% untuk
2010-2018, berbanding 9.5% (tahun 1988-1996).
(ii) Ranking Eksport dan import global
- Tahun terteruk eksport dan import Malaysia ialah pada tahun
2009 dan 2010. Masa dia memerintah.
- Ranking Elsport Global Malaysia dari tangga ke-18 dalam dunia
(2004) turun ke tangga 23 (2010) dan turun lagi tangga ke-26 (2018).
- Sebagai perbandingan Vietnam tangga ke-50 (2000) sekarang
telah mendahului kita di tangga ke-22. Thailand juga potong kita pada tangga
ke-25.
(iii) Pelaburan Langsung Asing (FDI)
- Daripada menjadi antara destinasi utama pelaburan asing pada
awal tahun 2000, namun bermula sejak tahun 2016 Malaysia merudum dari segi FDI.
- Singapura, Thailand dan Indonesia jauh meninggalkan kita. Pada
tahun 2015 juga, negara Vietnam yang dulunya ke belakang, sekarang melonjak
FDInya mengalahkan Malaysia. Ini semua berlaku masa dia memerintah Malaysia.
(iv) CPI- Kadar Kuasa Belian Pengguna
- Mengikut Jabatan Statistik, kuasa beli isi rumah menyusut
16.7% berbanding 10 tahun lepas. Maknanya harga barang banyak meningkat sejak
zaman dia.
(v) Ekuiti korporat warga tempatan
- Pemilikan ekuiti Bumiputera jatuh dari 23.4% (2011) kepada
16.2% (2015).
- Pegangan ekuiti bukan Bumiputera menurun dari 34.8% kepada
30.7% dalam tempoh yang sama.
- Untuk perbandingan, pemilikan ekuiti warga asing meningkat
dari 37.2% kepada 45.3%.
Maknanya, masa dia memerintahlah ekuiti asing bertambah dalam
negara. Orang tempatan pula makin hilang harta.
(vi) Laporan tahun 2018 menyatakan Tanah Rezab Melayu hanya
tinggal 12% sahaja.
Ini semua cerita “zaman kegemilangan” dia yang Kerajaan baru
kena warisi.
Belum lagi cerita dia kena scam dengan Jho Low sampai negara
berhutang berpuluh bilion. Sampai nama Malaysia busuk satu dunia.
Yang herannya, ada juga pentaksub masih percaya GEBANG seorang
“mangsa scam”, mengajar orang lain uruskan ekonomi negara.
Doakan mereka ini terbuka hati dan minda untuk lihat fakta, dan
tak hanyut dengan mainan cytro dan propaganda berbayar.