“Peguam tu nak publisiti jer, dialah yang nak rompak duit saya RM900K” – Nabila Huda dedah watak sebenar peguam Siti Bainun

 

“Peguam tu nak publisiti jer, dialah yang nak rompak duit saya RM900K” – Nabila Huda dedah watak sebenar peguam Siti Bainun


Baru-baru ini, heboh di laman sosial mengenai ‘peguam’ yang dikatakan menyiarkan beberapa maklumat ‘isu dalaman’ berkaitan salah satu kes yang sedang hebat diperkatakan.

Peguam itu juga merupakan salah seorang wakil kepada Orang Kena Tuduh (OKT) sehingga mendapat kecaman ramai lebih-lebih lagi tindakannya membuat beberapa kenyataan di laman sosial dan dipercayai ‘koyak’ selepas dihentam netizen.

Berikutan wajahnya yang kerap ‘lalu lalang’ hampir di semua laman sosial, selebriti terkenal, Nabila Huda Suhaimi tampil membuka cerita mengenai dirinya yang pernah ‘berurusan’ dengan peguam wanita tersebut.

Menerusi luahannya di laman Twitter, pengacara Melodi itu mendakwa peguam itu merupakan individu yang mahu menyamannya sehingga RM900,000 beberapa bulan lalu.


Tak tahu kena saman, tapi media dah tahu. Rupa-rupanya…

Tambah Nabila lagi, pada masa itu dia tidak mengenali peguam tersebut dan hanya mengetahui dirinya akan disaman melalui media.

Menurutnya, dia hairan mengapa pihak media mengetahui lebih awal berbanding dirinya memandangkan dia adalah individu yang mahu disaman.

Rupanya, peguam terbabit dipercayai memilih untuk menghantar kenyataan kepada media terlebih dahulu daripada mengirimkan surat saman kepada Nabila.

Terus tanya pihak media

Anak kepada Amy Search itu turut mendedahkan bukti mesej yang dihantar kepada pihak media untuk mengetahui siapa yang membuat kenyataan mengenai isu saman menyaman kerana dia sendiri tidak dimaklumkan mengenai perkara tersebut.

Bukan nak burukkan keadaan, cuma rimas balik2 muka dia

Bagaimanapun, Nabila sama sekali tidak berniat untuk mengeruhkan keadaan, dia sekadar meluahkan rasa ‘rimas’ apabila wajah peguam itu kerap kali muncul di timeline laman sosialnya.

Tambahnya, dia trauma dengan episod hitam yang dilalui tempoh hari kerana merasakan individu itu cuba menabur pasir ke dalam periuk nasinya dan mahu ‘merompak’ hasil penat lelahnya dengan melayangkan saman secara tiba-tiba.

Dah2 la cari publisiti

Justeru itu, Nabila Huda sempat berpesan agar berhenti mencari populariti dengan cara murahan memandangkan menjadi popular bukanlah sesuatu yang mudah.

Dia turut menegaskan sekali lagi yang pendedahan tersebut bukan bertujuan untuk menambah beban ke atas peguam itu sebaliknya menasihati untuk bermuhasabah diri agar tidak mengejar kehidupan mewah dengan cara mudah.

Dia memang suka publisiti kot

Di ruangan komen, rata-rata nertizen mengakui perasan akan sosok peguam tersebut. Mereka juga menyuarakan pendapat masing-masing dan ramai yang perasan bahawa peguam terbabit memang selalu mengambil kes berkaitan dengan selebriti dan kontroversi.

Dia turut aktif di laman sosial berkongsi mengenai kes yang sedang dikendali dan baru-baru ini dilihat agak ‘koyak’ selepas ramai pihak mengecam aksinya bergambar bersama OKT.