KES RESPON PEGUAM SITI BAINUN

 

Saya terpanggil nak beri pandangan. Berkenaan respons peguam Siti Bainun. Katanya, apa masalah netizens dia nak bergambar dengan OKT.

1. Satunya kita kena paham, kes ini kes berkepentingan awam. Kes penderaan yang mendapat liputan meluas. Bila kes yang mendapat liputan meluas ni kita tak boleh elak sentimen orang awam.

2. Mungkin pada dia, klien dia tak bersalah. Namun, bukan semua berpandangan sedemikian. Cakap la apa pun, “a person is innocent until proven guilty”. Nak bagi orang awam faham bukan senang. Tambah melibatkan mangsa OKU pula.

3. Makanya, bergambar dengan gumbira bersama2 OKT dan up video menari2 semasa bicara kes sebegini, ramai berpandangan bukan suatu tindakan bijak.

4. Belajarlah dari senior, tak pernah lagi kita tengok peguam bergambar sakan dengan anak guam ketika bicara dan upload di media sosial. Tambahan kes jenayah pula. Ada etika dan tatacara yang perlu dijaga. Paling kuat pun peguam senior lain, tangkap gambar selepas habis bicara. Bila menang kes dan klien dibebaskan.

5. Yang paling utama, kerja peguam adalah dalam mahkamah. Menegakkan keadilan bersama hakim dan pendakwa raya. Bukan tugas seorang peguam membetulkan public sentiment.

6. Juga, bukan tugas anda melawan netizens. Fight your opponents in court, not the public.

7. Yang terakhir, biarlah keputusan kes dan conduct dalam perbicaraan yang menentukan hasil kerja seorang peguam. Bukan betapa banyak like dan share yang beliau dapat dalam tiktok atau instagram.

Nasihat saya kepada “sisters in law”. Chill2 sudah… don’t bother to fight the bawang rangers. Nescaya kalah.

Fokus kes anda dalam mahkamah.

Salam hormat,

Liyana Marzuki