Wanita jana pendapatan hasil jual bulu badan, tak sangka laku keras

 


Wanita jana pendapatan hasil jual bulu badan, tak sangka laku keras


DALAM dunia ini, kita pasti akan berjumpa dengan pelbagai jenis manusia dengan ragam berbeza.

Kadang-kala, ada perangai dan tingkah laku seseorang individu dianggap sangat pelik, sehingga tidak dapat dicerna oleh akal yang waras.

Camille Alexander, 25, dari London mengakui tidak malu untuk menunjukkan dirinya yang sebenar kepada orang ramai.

Pemuzik dan model itu tampil berani berkongsi foto dan video yang mendedahkan fizikal dirinya yang berbulu.

Dia juga tidak malu untuk menayangkan bahagian ketiak serta kakinya yang berbulu, persis seorang lelaki.

Gara-gara terdesak mencari wang ketika pandemik, dia turut menjadikan keunikan dirinya sebagai content untuk menjana pendapatan.

Dakwa gadis itu, ada pelanggan yang tergamak membayar sejumlah wang untuk membeli bulu pada badannya selepas ia dipotong.

Di media sosial, segelintir individu turut memuji Camille kerana berani tampil dengan dirinya yang sebenar.


No comments: