WAJAH WAJAH GEMBIRA KENA KENCING DENGAN PEMIMPIN MELAYU ISLE
Oleh: Muhammad Azha Salahudin
ULASAN: Mungkin
ada yang terfikir apa yang akan terjadi kepada orang Melayu dan Islam di
Malaysia sekiranya parti Pas dan Umno tidak wujud? Adakah orang Melayu akan
terus dihina atau orang Islam akan terjerumus ke lembah kekafiran? Jawapannya
tidak.
Orang
Melayu dan Islam akan meneruskan kehidupan mereka seperti biasa tanpa sebarang
ketakutan dan keraguan terhadap kaum dan agama yang lain.
Isu
perkauman dan keagamaan telah menjadi satu senjata paling ampuh yang digunakan
oleh Umno dan Pas terutama sekali jika berlakunya pilihan raya. Orang Melayu
dan Islam yang terancam sebenarnya adalah pemimpin dan ahli parti mereka
sendiri apabila kehilangan kuasa dan kedudukan untuk merompak dan menjarah
hasil kekayaan negara.
Melayu mudah diperdaya?
Isu
yang melibatkan kaum dan agama ini sangat sensitif untuk disentuh terutama
sekali melibatkan kaum Melayu. Mereka akan mudah terpedaya dengan isu yang
dimainkan oleh Pas dan Umno yang bertujuan untuk mendapatkan sokongan sedangkan
Pas dan Umno juga gagal untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh orang
Melayu dan Islam.
Muhammad
Azha Salahudin
Perkara
ini dapat dibuktikan apabila orang Melayu masih hidup dalam kemiskinan setelah
enam dekad negara kita mencapai kemerdekaan dan selama enam dekat itu juga Umno
masih menjadi kerajaan.
Kenapa
sehingga ke hari ini pelbagai rancangan telah dirancang, pelbagai kerja telah
dirangka tetapi orang Melayu masih miskin? Hal ini berlaku kerana mereka hanya
memikirkan soal kuasa dan kedudukan berbanding memikirkan nasib rakyat.
Pas
juga dilihat gagal dalam membina sebuah negara yang berlandaskan Islam.
Walaupun Pas sekarang merupakan sebahagian daripada kerajaan tetapi tidak ada
kesungguhan pun untuk melaksanakannya.
Hudud, tulisan jawi tidak diperjuangkan
RUU
355 atau hudud tidak dilaksanakan, tulisan jawi tidak dimartabatkan, kilang dan
minuman arak masih dijual dan cabutan bertuah judi juga ditambah semula setelah
dikurangkan oleh kerajaan Pakatan Harapan.
Adakah
ini negara Islam yang diperjuangkan oleh Pas sejak sekian lama sehingga sanggup
mengeluarkan fatwa dan mengkafirkan umat Islam yang tidak seideologi dengan
mereka?
Kita
jangan mudah terpengaruh dengan sentimen dan isu perkauman yang dimainkan oleh
pihak tertentu yang mempunyai kepentingan sehingga buta untuk melihat realiti,
pekak untuk menerima kebenaran dan takut untuk melakukan perubahan. Kita perlu
berpijak pada bumi yang nyata.
Sekiranya
parti politik itu dilabelkan sebagai rasis atau perkauman hanya kerana
berlandaskan kaum maka Umno dan Pas juga boleh dianggap sebagai parti rasis
kerana memperjuangkan nasib satu kaum sahaja.___________________________________________________________________________
Penulis merupakan Timbalan Pengarah Strategi Unit Pendidikan Angkatan Muda KEADILAN Malaysia