Bila Farhash sindir Rafizi, mereka ni senyap. Bila penyokong
Rafizi serang balas (bukan Rafizi sendiri tau), mereka pun tanya kenapa
menyerang sesama sendiri? Kenapa tak boleh cakap elok-elok.
Bila Guan Eng menganjing Rafizi, mereka senyap lagi. Tapi bila
penyokong Rafizi (sekali lagi, bukan Rafizi) serang balas, mereka bising bising
sebab serang parti sahabat. Suruh pergi serang UMNO.
Kenapa ada double standard? Kenapa Rafizi boleh diserang tapi
yang menyerang Rafizi tu tak boleh pula kita serang balas?
Aku bab serang UMNO ni dah lebih 20 tahun dah aku buat. Dari
zaman YahooGroups ke zaman blog sampailah zaman Facebook ni. Tapi selama-lama
itu aku tak pernah pun serang DAP. Bela tu selalu.
Tapi bila DAP setia kepada orang yang jadi punca kejatuhan PH
dulu, takkan nak bela juga? Dan bila DAP serang pemimpin yang aku hormati, atas
sebab yang salah, takkan aku nak diamkan hanya semata-mata kerana DAP komponen
PH?
Kalau kita dalam bersahabat pun, kalau sampai kawan kita tu
tunjal kepala adik kita, kurang ajar kepada ahli keluarga kita, adakah kita
diamkan semata-mata sebab dia kawan kita? Dayus sangat!
Paling penting, kalau dia sahabat kita, adakah dia tergamak
untuk berbuat kurang ajar atau buli adik kita? Perbuatannya itu adalah indikasi
jelas yang dia tak berminat pun nak jadi sahabat kita.
Menghargai dan menghormati sahabat itu penting. Tapi hormat ini
mutual. Dua hala. Kita hormat pada orang yang hormat kita. Kalau orang biadab,
kita masih nak diamkan, itu bukan hormat tapi dungu.
Sekalipun nak jaga persahabatan, biarlah dengan orang yang
ikhlas nak bersahabat. Kalau sahabat kita sengaja buat perkara yang sakitkan
hati kita, baik tinggalkan saja sahabat tu. Guane boh?