mohd shah rim
BN sudah pasti akan mencadangkan pada Agong agar Parlimen
dibubarkan dgn kadar segera..
Berdasarkan kecenderungan Istana, aku rasa sudah pasti
permohonan BN akan diluluskan dgn senang hati. Covid ke tak itu bukan isu lagi,
asalkan BN dgn ajinomoto Demi Kestabilan Politik yang minta dibubarkan, akan
diluluskan.
PH bakal berhadapan tugas yang amat berat jika Parlimen
dibubarkan dan jika Istana menitahkan semua negeri perlu turut serta dalam
proses demokrasi..
Sampai disaat ini, PH masih belum pulih dari demam di Johor,
masih mahu mencari titik berbezaan dari mengutamakan persamaan. Kelemahan ini
dihidu musuh politik, malah turut dijadikan bahan ucapan oleh Tok Mat di PAU
semalam.
Menyerang musuh disaat musuh berada dalam situasi yang
lemah..kata Tok Mat... tak sakit ke hati bila lawan politik menjadikan PH bahan
ujikaji mereka..??
Sebagai penyokong tegar PAKATAN HARAPAN, aku berharap Sdr Anwar
Ibrahim, Sdr Lim Guan Eng dan Sdr Mohd Sabu yang merupakan tokoh pemimpin PH
menerima realiti wujud kekurangan dan kelemahan strategi politik untuk bersaing
dgn BN dan melakukan perubahan, bukan bersaing memberi alasan.
Isu LOGO yang dibangkitkan sdr Lim Guan Eng antara punca
kekalahan PH di Johor adalah fakta, dia menyatakan perkara yang betul, malah
aku sedari awal juga tidak bersetuju dgn langkah PKR bertanding guna logo
sendiri kerana merugikan dari segi strategi, ntah siapa punya idea gila tu, aku
pun tak kenal.. TAPI sdr Lim Guan Eng juga perlu akui, keputusan PKR itu telah
diluluskan bersama oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan, jika tidak setuju,
nyatakan dari awal lagi, DAP tidak bersetuju dgn langkah PKR bertanding guna
logo sendiri..
Perpaduan yang rapuh antara parti PAKATAN HARAPAN..amat jelas
dimata pengundi, PKR dan MUDA sukar menerima antara satu sama lain, macam mana
nak harapkan undi jika rakyat pun tak yakin PH pilihan terbaik untuk mereka..??
Malah tak nampak ada kerjasama yang mengabungkan PH dipilihan raya Johor, PKR
berkempen sendiri, DAP dan AMANAH pula berkempen bersama MUDA sehinggalah hari
hari terakhir kempen barulah ketiga pemimpin muncul bersama, tapi damage dah
berlaku... rakyat tak nampak kewibawaan PH sebagai sebuah gabungan yang layak
mewakili mereka.
Walaupun aku boleh menulis secara menjilat pemimpin seolah PH
gabungan yang tiada kekurangan, it's against my principle yang aku pertahankan
selama ini. Secara jujur, kekurangan dan kelemahan PH ni bukanlah bersifat
permanent atau kekal, terlalu banyak peluang dan ruang untuk diterima pengundi
semula, jadi hentikan mencari kelemahan satu sama lain, cukuplah dgn apa yang
berlaku di Melaka dan Johor..
Sebagai penyokong, aku amat yakin PH adalah pilihan terbaik
untuk negara dan rakyat, sebuah gabungan yang benar benar mewakili seluruh
warganegara, gabungan ini perlu dipertahankan untuk memberi pilihan pada rakyat
yang menolak politik perkauman serta yang mengunakan sentimen bangsa dan agama
untuk meraih undi dan sokongan semata mata.