JANGAN JADI BODO KETURUNAN



nizar jalaluddin



 Saya cuba nak paham isi hati pengundi ini dari sudut hati berbeza yang menjadi benak, kesah dan resah dalam fikiran mereka..

Mana satukah perlu aku pangkah? kerana tiada satu pun aku lihat calon2 yang bertanding ini mampu menjaga hak dan isi hati rakyat..

Sudah terbukti sebelum ini mereka orang2 politik lebih mementingkan periuk nasi mereka sahaja selepas memenangi pilihanraya.

Kuasa yang mereka pegang sekarang, mereka sesuka hati memperlakukan apa sahaja mereka mahukan demi kepentingan peribadi, wang ringgit dan duit poket kroni2 mereka.

Mereka perlu menjaga kesemua ini untuk memastikan kelangsungan hidup mereka berjalan lancar tanpa sebarang halangan sehinggakan sanggup mempergadaikan maruah agama, bangsa dan negara..

Rasuah, pembohongan, khianat dan fitnah..

Inilah senjata-senjata mereka yang perlu mereka persiapkan dalam diri mereka bagi menghadapi peperangan di medan kencah politik.

Jika benar mereka ini memperjuangkan nasib rakyat, tetapi mengapa sekarang ada wujudnya ungkapan "Rakyat jaga rakyat"..

Dimana mereka semua ini ketika rakyat sedang menderita? Lihat isu banjir di Hulu Langat dan saya adalah anak jati orang Hulu Langat di Taman Sri Nanding...

Keluarga saya dan beberapa jiran terdekat menumpang atas rumah kami untuk selamatkan diri ketika banjir besar berlaku sehingga menenggelamkan 1350 buah rumah dimana paras air diparas bumbung2 rumah.

Saya berkampung hampir 2 bulan disana.. Masyaallah, tiada satu pun dari mana2 pemimpin parti politik yang betindak pantas untuk benar2 memikirkan masalah rakyat.

Yang ada hanyalah, benar mereka katakan "Rakyat jaga rakyat".. Sumbangan tenaga dan wang ringgit kesemuanya hanya dari usaha rakyat..

Syukur ada peniaga2 dan usahawan2 yang berjaya serta a'lim, mereka korban harta mereka dan arah pekerja2 mereka turun padang memberi bantuan.

Jadi dimana pemimpin2 parti politik? Ada, mereka datang setelah isu rakyat tengah marah telah sedikit reda..

Itu pun kehadiran mereka agak membebankan penduduk mangsa banjir kononnya VIP perlu diberi keutamaan sehinggakan terpaksa blok jalan2 dan halang ngo2 dan sukarelawan untuk datang beri bantuan..

Dahlah kedatangan mereka menyusahkan, malah kedatangan mereka rupanya hanya sandiwara untuk dipertontonkan kepada media masa dan media sosial untuk memberitahu masyarakat luar yang mereka turun padang untuk ambil berat serta sangat perihatin terhadap rakyat..

Sumpah saya katakan, saya benci dengan pemimpin parti politik sekarang..!!! Bagaimana untuk saya bersangka baik kepada mereka sedangkan kejelikan dan pembohongan berlaku didepan mata saya..???

Bagaimana pula dengan pemimpin parti politik dari pihak pembangkang? Sudah pasti inilah masanya untuk ambil kesempatan diatas kelemahan kerajaan menangani isu banjir..

Sama.. Sama.. Sama.. (2x5: 10, 5x2: 10)

Wayang-sewayang nya merata-rata.. Cedok lumpur depan media sambil selitkan sedikti kebencian pada kerajaan.. Off record..

"Nah, kau sambung.."

Bagaimana tuan2 dan puan2 kami nak percaya lagi dengan pemimpin parti2 politik..???

Hidup mereka penuh dengan wayang dan sandiwara mengalahkan drama2 sinitron indonesia.. Cuma kamera mereka x main zoom ini dan zoom out sahaja..

Mungkin beginilah perasaan pengundi2 yang tidak lagi mempercayai sistem politik di Malaysia.. Nak cari pemimpin yang beriman dan bertakwa tiada..

Jika seseorang pemimpin itu menjaga hubungan mereka dengan Allah, tak perlu cerita di media sosial "Kami amat menjaga kepentingan dan kebajikan rakyat.."

Tak perlu.. Orang yang jaga hubungannya dengan Allah pasti dia juga menjaga hubungannya dengan sesama manusia secara automatiknya atas kehendak Allah Maha Esa..

Sekian, sedikit luahan dari saya barangkali ini seperti apa yang pengundi diatas ingin luahkan...

Wallahu a'lam.. saya x boleh baca isi hati org..