Pro Khemah Besar' pasti bersorak baca tajuk berita ini yang
mengatakan BN boleh kalah di 20 kerusi jika semua parti pembangkang, termasuk
juga PN yang di pihak kerajaan, bergabung.
Nanti dulu. Biar aku frasa semula. Bagaimana kalau tajuk diolah
menjadi "PH boleh rampas 20 kerusi BN jika individu gila kuasa tak
tubuhkan parti baru dan PPBM tidak mengkhianati PH"?
Sibuk sana sini sebut soal pembangkang bersatu dan khemah besar.
Tapi tak pernah korang terfikir apa perlunya ditubuhkan banyak parti? Kenapa
tak sertai saja parti yang sedia ada?
DS Anwar, almarhum Ustaz Fadzil Noor dan Lim Kit Siang dulu
tubuhkan Barisan Alternatif dengan niat untuk buat sistem 2 parti. Kerana dari
dulu kita dah tahu kalau sistem 2 parti, BN pasti tersungkur.
Tapi gatal pulak mereka ni (nama tak disebutkan) nak tubuhkan
parti baru. Konon nak bentuk blok ketiga. Yang ditubuhkan untuk Sabah pun eh
gila nak masuk Semenanjung. Untuk apa?
Nak tubuhkan parti baru pun boleh asal bersama PH. Tapi tak.
Kalau masuk PH, dia nak bertanding kerusi bukan main banyak. Tapi akhirnya
hilang deposit di semua kerusi. Apa kes?
Sekarang ni, tak payah suruh pembangkang bersatu lagi. Suruh
parti-parti picisan, yang hilang deposit tu semua bubarkan parti. Masuk dalam
mana-mana parti yang ada. Tak kiralah PH, BN atau PN.
Nak suruh parti yang berjuta ahli tunduk kepada parti yang tiada
akar umbi. Bodoh ke apa? Itu kerja gila namanya. Biarlah rasional.
Sekarang ni penyokong pembangkang kena seru #BubarPejuang #BubarMuda #WarisanBalikSabah
kalau betul nak tengok sistem 2 parti terlaksana. Sebab merekalah punca
pembangkang berpecah.
Tapi Muda tak hilang deposit. Memanglah! Sebab Muda dapat
kerjasama DAP dan Amanah. Cuba kalau Muda solo macam Pejuang. Ke laut dalam
juga. Sebab itu Muda pun tak perlu wujud!
Percayalah cakap aku. Kalau Pejuang dan Muda tak wujud dan
Warisan tak menggatal nak melangkah ke Semenanjung, keputusan PRN Johor dah
pasti berbeza. Gerenti BN kena tapau habis.
Fahamkan betul-betul. Ini bukan soal pembangkang berpecah. Ini
soal Mahathir, Mukhriz, Saddiq dan Shafie yang gila kuasa. Renungkan
dalam-dalam. Aku pasti kalian akan setuju. Guane boh?