Guru interim Bahasa Inggeris diserap ke jawatan tetap jika penuhi syarat, kata kementerian

Guru yang diserap tanpa memenuhi kelayakan akan diberi tempoh satu hingga tiga tahun untuk mencapai tahap CEFR C1.

PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan menjawab rayuan kira-kira 330 guru interim Bahasa Inggeris (BI) yang tamat kontrak mereka bulan depan dengan menawarkan peluang untuk diserap ke jawatan tetap.

Katanya, guru interim BI yang dilantik pada 22 April 2019 dan akan tamat tempoh lantikan pada 21 April ini serta memenuhi syarat Rangka Kerja Bersama Eropah Rujukan Bahasa (CEFR) pada tahap mahir C1 dan lulus temu duga akan dilantik ke jawatan tetap sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP).

“Bagi guru interim BI yang tidak memenuhi syarat CEFR C1, mereka akan ditem uduga untuk tujuan lantikan tetap sebagai PPP Gred DG41 oleh SPP dalam masa terdekat,” katanya dalam kenyataan.

Bagaimanapun kementerian itu berkata, mereka perlu mencapai tahap CEFR C1 dalam tempoh percubaan, iaitu satu hingga tiga tahun bagi tujuan pengesahan dalam perkhidmatan.

Kumpulan awal membabitkan kira-kira 400 guru interim diambil tiga tahun lalu untuk menangani masalah kekurangan guru di sekolah kerajaan.

SPP menetapkan guru perlu mempunyai kelayakan Band 5 dalam ujian Bahasa Inggeris Universiti Malaysia (MUET) atau CEFR C1 bagi membolehkan mereka dilantik ke jawatan tetap.

No comments: