ALAH...NIK AMAR ..JANGAN PERASAN LA...KELANTAN TAK MAJU SEBAB ADANYA PENUNGGANG AGAMA

 

Singapura lebih maju kerana tiada Umno-BN, kata Naib Presiden PAS






Mohd Amar Nik Abdullah berkata, ramai penduduk bukan Islam menyokong PAS kerana inginkan pemimpin yang baik berbanding kemajuan dan pembangunan. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Naib Presiden PAS, Mohd Amar Nik Abdullah mendakwa Singapura lebih maju daripada Malaysia kerana republik itu tidak diperintah oleh Umno dan sekutunya dalam Barisan Nasional (BN).

“Mana yang lebih maju antara Singapura dengan Malaysia? Tentulah yang lebih maju adalah Singapura. Saya meminta maaf untuk bertanya secara berterus-terang, Umno ada ke di Singapura?

“Ada BN ke di Singapura? Tiada. Ini bermakna, jika tiada Umno, ia menjadi lebih mudah untuk membangunkan negara. Sehinggakan setiap hari orang Malaysia menyeberangi Tambak Johor untuk bekerja di Singapura,” kata Amar menurut laporan Harakahdaily.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan membuat andaian mengejutkan itu dalam ceramah di Benut, Pontian, Johor menjelang pilihan raya negeri (PRN) Sabtu ini.

Amar berkata, pembangunan yang dibawa oleh BN di Johor selama ini boleh dilaksanakan dengan lebih baik oleh Perikatan Nasional (PN).

Beliau berkata, memang menjadi tanggungjawab mana-mana kerajaan untuk membawa pembangunan, termasuk di negara komunis seperti Rusia.

“Oleh itu, kita tidak berjanji sekiranya kita menjadi kerajaan, kita akan membina jambatan atau jalan raya sebab itu adalah tanggungjawab kerajaan.

“Contoh seperti orang yang berkahwin, apabila dia sudah berkahwin, dia tidak perlu berjanji untuk sampai satu masa nanti nak mengandung dan melahirkan anak.

“Mana ada seorang lelaki pergi meminta orang perempuan, ‘Pakcik, kalau bagi Minah ni jadi isteri saya, saya pastikan beranak sore setahun’. Sebab hal tersebut natural (semula jadi). Apabila berkahwin mesti melahirkan anak jika tiada masalah,” katanya.

PAS bertanding di 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor sebagai parti komponen Perikatan Nasional PN yang diterajui bekas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Amar berkata, ramai penduduk bukan Islam menyokong PAS kerana inginkan pemimpin yang baik berbanding kemajuan dan pembangunan.

Menurut laporan itu lagi, pada ceramah sama, Amar berkongsi pentas dengan bekas Ketua Menteri Melaka, Rahim Thamby Chik dan Timbalan Presiden Bersatu, Ahmad Faizal Azumu.