BIOGRAFI ANWAR ADALAH UNTUK MEMBERI KEADILAN KEPADA BELIAU- BACA DAN HADAM APA YANG DITULIS.

 




1. Saya menulis ' Biography ' Anwar Ibrahim sejak tahun 2009 untuk pengetahuan UMUM bukan PROVOKASI, PROPAGANDA, MENGAGONG, BERBANGGA atau TAKSUB kepadanya.

2. Masyarakat selama ini mendapat maklumat tentang Anwar Ibrahim dari musuh-musuh politiknya yang bersikap ' Diktator ' yang menggunakan fitnah diulang-ulang dan tuduhan yang direkayasa.

3. Penulisan biography seorang tokoh politik adalah dibenarakan dalam kitaran politik.

4. Setakat ini ada dua penulis yang telah menulis biography Anwar Ibrahim.

1. Charles Alles seorang Profesor di Georgetown University Washington DC,USA.Menulis biography Anwar Ibrahim secara ' ILMIAH ' dalam buku bertajuk The Evolution of a Muslim Democrat.

2. Mark Trowell ( QC ) seorang peguam dan pengamal undang-undang dari Australia menulis tentang Anwar Ibrahim dalam buku bertajuk Anwar Returns,and the final twist.

5. Tulisan mengenai Anwar Ibrahim juga adalah bertujuan memberi ' KEADILAN ' kepada Anwar Ibrahim sendiri yang telah di fitnah oleh musuh-musuh politiknya sejak bertahun-tahun lamanya.

Masih ada dan ramai yang percaya kepada ' Fitnah dan tuduhan yang direkayasa ' ke atas Anwar Ibrahim walau pun pemimpin-pemimpin politik yang memfitnah Anwar Ibrahim itu telah menjilat ludah dan menelan kahaknya dan sanggup melutut kepada Anwar Ibrahim atas nama kepentingan negara.

Seorang pemimpin diktator sinonim dengan falsafah ' Matlamat menghalalkan cara.'

6. Mereka yang tidak mahu saya menulis biography Anwar Ibrahim adalah mereka yang tidak ' Suka dan Membenci ' Anwar Ibrahim kerana mereka menelan bulat-bulat ' Fitnah dan tuduhan yang direkayasa ' oleh musuh-musuh politik Anwar Ibrahim yang berfahaman diktator.

7. Mereka yang membenci dan tidak suka kepada Anwar Ibrahim bukan sekadar menelan bulat-bulat fitnah dan tuduhan yang direkayasa ke atas Anwar Ibrahim tetapi mereka juga tidak mempunyai pengatahuan asas mengenai Sains Politik.

8. Selama saya menulis biography Anwar Ibrahim saya berhadapan dengan tiga kelompok pembaca.

1. Kelompok pertama ialah mereka yang mahukan saya terus menulis biography Anwar Ibrahim kerana selama ini mereka tidak mengatahui latar belakang Anwar Ibrahim,perjuangannya dalam gerakan dakwah Islam dan politik,baik di Malaysia atau diperingkat antarabangsa.

Kelompok ini mengucapkan terima kasih kepada saya kerana selama ini mereka hanya mendapat maklumat tentang Anwar Ibrahim dari lorong fitnah.

Kelompok pertama ini adalah kelompok yang paling ramai.

Kelompok kedua adalah penyokong Anwar Ibrahim sendiri dan setia mengikuti tulisan saya dan mereka ini juga adalah kelompok yang paling ramai.

Kelompok ketiga, mereka ini menganggap saya ' Taksub ' kepada Anwar Ibrahim dan kelompok ini terbahagi kepada tiga penyokong Tun M,Dato Najib dan Pas.

8. Saya akan terus menulis tentang biography Anwar Ibrahim untuk pengatahuan ' Umum ' kerana ia sebahagian dari politik dan tidak terpisah dari prinsip asas demokrasi.

9. Saya juga tetap berpegang kepada ' TEORI MEMBUAT PILIHAN ' bila mana kita memberi maklumat yang benar dan berfakta kepada rakyat dan masyarakat,maka rakyat dan masyarakat akan dapat membuat pilihan yang adil dan tepat.

10. Sebaliknya apabila kita memberi maklumat yang tidak benar dan salah maka rakyat dan masyarakat juga akan membuat pilihan yang tidak betul dan salah.

Hadis Nabi Muhammad SAW.

' Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh tipu daya,dimana pendusta dipercaya dan yang jujur didustakan,pengkhianat diberi amanah dan orang yang amanah dikhianati.'

( HR: Al-HAKIM )

11. Saya tidak gentar mempertahankan apa yang saya ' YAKINI ' kerana saya berpegang kepada prinsip asas Sains Politik.

#ANWARBAKALPM8.