Jaga jaga. Nanti kena kapiaq-Pemimpin Umno dakwa ahli Pas dah muak dengan perangai Hadi dan konco-konconya(video walaun marah didalam)

 Panas! Pemimpin Umno dakwa ahli Pas dah muak dengan perangai Hadi dan konco-konconya


Timbalan Pengerusi Umno Johor Nur Jazlan Mohamed berkata hubungan partinya dengan PAS sudah berakhir susulan keputusan Presiden PAS Abdul Hadi Awang untuk menyertai Perikatan Nasional (PN).

Nur Jazlan berkata dia sukar memahami sikap PAS yang sering berubah-ubah dan ini menimbulkan kekeliruan di kalangan akar umbi parti itu sendiri.

“Anggota yang di bawah pun sebenarnya dah muak dengan perangai Hadi dan konco-konco dia.

“Orang PAS di bawah pun sebenarnya masih nak bersama Umno cuma mereka tengok tindak-tanduk pemimpin atasan sekejap ya sekejap tak, akhirnya mereka rasa kecewa juga.

“Saya dengar ahli PAS di bawah kata pemimpin dia bawa Vellfire, ke sana-sini, tetapi mereka di bawah masih guna tin Milo cari sumbangan. Mereka tak nampak apa kelebihan PAS dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN),” katanya dalam satu wawancara.

Nur Jazlan juga membidas kumpulan dalam parti itu yang tidak tetap pendirian mereka tetapi mengakui sebagai pemimpin agama.

“Saya hairan orang agama ni cakap berdolak-dalik.

“Sekejap kata putus hubungan, lepas itu kata hubungan tak terputus lagi. Masih nak bersama PN tak mau bersama Umno, saya pun tak faham,” kata bekas ahli majlis tertinggi Umno dan bekas ahli Parlimen Pulai selama tiga penggal itu.

Pada 28 Januari lalu, Hadi menyifatkan Umno sebagai ‘itik patah kaki’, sehingga mencetuskan perang mulut antara kedua-dua parti dan merenggangkan hubungan mereka.

Bagaimanapun, Mursyidul Am PAS Hashim Jasin pada 23 Feb menggesa pemimpin dari kedua-dua parti itu supaya mengadakan genjatan politik semasa pilihan raya negeri yang sedang berlangsung, sambil menegaskan bahawa mereka harus memikirkan kepentingan jangka panjang umat Islam.

Menteri Besar Perak Saarani Mohamad kemudiannya membuat kenyataan bahawa Majlis Tertinggi Umno boleh memutuskan jika isu “penceraian” dengan PAS mahu dibawa ke perhimpunan agung Umno pada pertengahan Mac ini.

Bagaimanapun, Nur Jazlan tidak melihat keperluan untuk berbuat sedemikian, dengan menyatakan bahawa PAS telah pun menjatuhkan talak ke atas Umno.

“Bukannya PAS dah ceraikan kita dulu? Bila Tan Sri Hadi buat pengumuman bahawa mereka nak bersama dengan Bersatu. Maka Muafakat Nasional tak ada lagi.

“Bila kita (orang Islam) nikah, mesti di depan kadi, mesti ada wali.

“Bila kita cerai, hanya perlu lafaz talak satu, talak dua, talak tiga. Masalahnya dengan Hadi saya tak tau dia cerai talak satu, dua atau tiga? Yang penting saya rasa Umno dah tolak PAS,” katanya.

Dalam perkahwinan Islam, lafaz talak tiga menunjukkan tiada lagi ruang untuk berdamai.


               ANTARA WALAUN PEKAT YANG MEMPERSOALKAN PIMPINAN PAS



‘PRU15 sebelum pemilihan Umno’

Selepas kegagalan tersebut, Nur Jazlan berkata ahli Umno akhirnya menolak kerjasama dengan PAS.

Sementara itu, Jazlan berkata dia percaya pilihan raya umum ke-15 perlu diutamakan berbanding pemilihan Umno, dengan meletakkan kepentingan rakyat melebihi daripada parti.

“Pemilihan parti penting, tapi tak sepenting masa depan negara.

“Lebih penting nasib dan masa depan rakyat dari nasib dan masa depan kepimpinan parti,” katanya.

Menurut pembangkang Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan sekutunya, yang sedang berdepan kes rasuah, mendesak pilihan raya umum awal supaya mereka dapat mengukuhkan kedudukan sebelum pemilihan parti.

Nur Jazlan berkata tiada jaminan bahawa pemilihan Umno akan datang akan membawa perubahan kepada kepimpinan parti.

“Kalau kita adakan PRU lebih awal, dari kita tunggu 15 bulan hingga tempoh akhir untuk adakan PRU, dan keadaan terus terumbang-ambing, lebih baik kita serahkan mandat kepada rakyat supaya kerajaan dapat dibentuk bagi tempoh lima tahun,” katanya.

Pada Isnin lalu, Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan sekali lagi menyeru Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, yang juga naib presiden parti, untuk mempertimbangkan mengadakan pilihan raya umum ke-15 secepat mungkin.

Hayat Dewan Rakyat adalah sehingga sekitar pertengahan 2023.