KLSCAH sediakan bas percuma rakyat Johor balik mengundi
Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) menyediakan bas percuma untuk pengundi pulang ke Johor pada 12 Mac ini.
Menurut kenyataan Pemuda KLSCAH, pertubuhan itu memutuskan untuk menggunakan baki dana projek Undirabu sebanyak RM 7,583.75 bagi menyediakan bas percuma dari Kuala Lumpur ke Johor
“Terdapat tiga bas percuma yang disediakan oleh Belia KLSCAH, yang terdiri daripada tiga laluan sehala, dari KLSCAH ke Johor Bahru, Muar – Batu Pahat- Pontian, dan Yong Peng. Semua bas akan bertolak dari KLSCAH ke destinasi pada 11 Mac iaitu Jumaat jam 8 malam,” kata mereka.
Menurut kenyataan itu lagi, individu yang berminat untuk memohon perkhidmatan bas percuma mestilah pengundi yang berdaftar dan layak serta telah dinaksinasi sepenuhnya.
“Perkhidmatan bas percuma terbuka kepada semua pengundi berdaftar yang layak mengundi pada pilihan raya negeri Johor, dan tarikh akhir pendaftaran perkhidmatan bas percuma adalah pada 8 Mac.
“Tempat duduk bas diberikan berdasarkan siapa cepat dia dapat, tertakluk pada ketersediaan. Keputusan Pemuda KLSCAH dalam semua perkara yang berkaitan dengan “Jom Undi Johor!” adalah muktamad,” kata kenyataan itu lagi.
Menurut Pemuda KLSCAH, projek tersebut lanjutan projek Undirabu pada Pilihan Raya Umum ke 14 lalu yang berjaya mengumpul derma orang ramai berjumlah RM202,063.71 bagi menyediakan pengangkutan percuma kepada pengundi.
Kata mereka 1,300 pengundi dari Malaysia Timur dan Barat mendapat manfaat daripada projek tersebut termasuk 53 pengundi PRN Sarawak yang menerima subsidi pengangkutan udara sebanyak RM200 pada Disember 2021.
Untuk memohon pemngangkutan percuma pengundi boleh klik pada: https://bit.ly/undijohor_klscahyouth
Atau pertanyalaan lanjut: kcwong@klscah.org.my