Terdahulu, Ketua AMK Akmal Nasir dalam kenyataannya berkata pihaknya telah membuat satu laporan polis di IPD Dang Wangi pada Jumaat minggu lepas yang diikuti dengan laporan polis oleh AMK negeri di setiap negeri masing-masing bagi menggesa siasatan dijalankan terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.
“Ini adalah susulan kontroversi pengakuan Azam Baki bahawa Akaun Sistem Depositori Pusat (CDS) Saham miliknya tetapi menggunakan wang adiknya untuk pembelian saham dan waran yang dianggarkan bernilai jutaan ringgit,” jelas Akmal.