LIYANA MARZUKI
Dalam sibuk Kerajaan Melayu Islam PAS jatuh hukum kepada
non-muslim mengenai arak, mereka selalunya buat2 lupa hukum mengenai dadah.
Minggu ni saja cerita mengenai dadah merunsingkan. Ada penagih
dadah yang penggal kepala emak sendiri, ada cerita nenek 52 tahun kena tangkap
menagih.
Berapa kali kita baca kes penagih dadah liwat dan rogol bayi dan
ada kes penagih dadah bawah umur sampai bunuh budak tahfiz.
Tapi kita lihat pemimpin Melayu Islam kita jarang langsung
berbunyi pasal dadah ni. Walhal hukum nya sama saja dengan arak. Haram jua.
Untuk rekod, masyarakat Melayu paling banyak terjerumus dalam
kes dadah. Negeri majoriti Melayu Islam Kelantan dan Kedah pada tahun 2020
merupakan negeri yang catat kes dadah paling tinggi. Ini mengikut AADK.
Untuk rekod juga, kes jenayah akibat dadah adalah lagi tinggi
daripada kes langgar lari akibat mabuk. Tapi kes dadah jarang ditekankan oleh
parti politik.
Kenapa? Jawapan nya simple. Sebab tak boleh nak ditunggang untuk
tujuan politik kerana yang ramai terlibat adalah Melayu Islam.
Pada saya, dua2 haram. Maka pemimpin Islam patutnya bersuara
lantang ke atas kedua2nya.
Bukan hanya pilih satu kerana hendak raih populariti politik
Melayu.
Walhal kalau betul nak pertahankan kaum, elok ditengokkan dan
diperbetulkan kaum kita dulu. Najis dadah ini yang utama.
Bukan hanya menjerit melolong menetapkan dosa orang bukan
seagama.