https://fb.watch/aLq7NpPUOC/
👆👆👆👆👆👆👆👆
Jangan
Lantik TPM Dari Bersatu - Zamil Ibrahim
26 Jan 2022
1. Saya
difahamkan bahawa Tan Sri Muhyiddin Yasin memberi arahan kepada YAB Dato Seri
Ismail Sabri untuk melantik seorang Timbalan Perdana Menteri dari parti Bersatu
dalam kadar segera iaitu sebelum PRN Johor.
2. Saya
ingin menyaran kepada YAB Dato Seri Ismail Sabri bahawa beliau perlu merujuk
perkara ini kepada MKT UMNO sebelum membuat apa2 perlantikan.
3. Jikalau
beliau membuat pakatan sulit dengan Tan Sri Muhyiddin Yasin dalam perkara ini
dengan mengenepikan kepentingan UMNO maka beliau perlu diambil tindakan
dispilin oleh Lembaga Disciplin UMNO.
4. YAB
Dato Seri Ismail perlu tunjuk yang beliau "Bukan PM Proksi Kepada Tan Sri
Muhyiddin Yasin dan Parti Bersatu". Jikalau beliau terus ikut telunjuk Tan
Sri Muhyiddin Yasin maka beliau seharusnya menyertai Parti Bersatu dan keluar
dari UMNO.