Tidak dibenar hadir, berarak di pusat penamaan calon esok

 


Semua wakil dan penyokong parti yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-12 (PRN12) tidak dibenarkan hadir ke Pusat Penamaan Calon (PPC) esok yang bermula jam 9.00 pagi.

Bagaimanapun menurut kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), pihaknya hanya menetapkan calon, pencadang dan penyokong dibenarkan masuk di dalam dewan PPC tertakluk kepada saiz dewan.

Kata kenyataan itu, jika ruang di dalam PPC tidak mencukupi, pencadang dan penyokong dikehendaki duduk di luar dewan setelah proses penyerahan borang penamaan selesai.

“Selain itu, aktiviti berkumpul dan perarakan para penyokong semua parti turut tidak dibenarkan di setiap kawasan dan tempat sepanjang hari penamaan calon.

“Malah, Prosedur operasi standard (SOP) lain yang ditetapkan pada hari penamaan, calon atau pencadang dan penyokong yang mempunyai gejala perlu diasing dan ditempatkan di khemah khas dengan serta merta.

” Ujian RTK Ag kendiri akan dijalankan ke atas calon, pencadang dan penyokong yang bergejala dan jika didapati negatif akan dibenarkan masuk ke dewan PPC,” jelas kenyataan itu.

Kata kenyataan itu, bagi melancarkan proses penamaan di PPC, laluan khas disediakan bagi media, calon/pencadang/penyokong dan ahli/pegawai SPR/petugas pilihan raya.


No comments: