Flashmob AMK Johor tuntut harga barang turun

 


Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Johor menuntut kerajaan BN bertindak lebih agreasif dan segera dalam menurunkan harga barang.

Menurut Ketua AMK Johor, R Yuneswaran, kerajaan BN hanya pandai memberi seribu satu alasan namun realitinya harga barang tidak sedikit pun berganjak daripada sebelumnya.

"Kerajaan memberi seribu alasan tapi tidak memberi apakah kaedah dan langkah-langkah untuk mengatasi isu ini.

"Kami hari ini dengan rakan-rakan menzahirkan solidariti bersama rakyat berkenaan isu kenaikan harga barang dan juga kos sara hidup yang semakin meningkat," katanya.

Menurut Yuneswaran, AMK Johor menyokong penuh tindakan AMK Malaysia yang akan menyerahkan satu memorandum kepada Menteri KPDNHEP di Putrajaya esok pada jam 11 pagi.

Selain itu, AMK Johor juga menghargai kerjasama pihak polis dalam flashmob yang dianjurkan di bandar Johor Bahru itu, pagi tadi.

 

No comments: