MANA BMF ? MENYOROK CELAH MANA PULA

 

May be an image of food and indoor


LIYANA MARZUKI


Sekarang kempen BMF dah tenggelam. Pejuang bangsa dah senyap membisu seribu bahasa sejak dapat jawatan dan pangkat dalam Kerajaan.

Walaupun saya di kem lain dulu, saya sokong kempen BMF. Ada yang kata satu tindakan racist. Ia jadi racist kalau jadi propaganda politik penunggang bangsa.
Namun, kalau niatnya memperkukuhkan ekonomi bangsa sendiri, dan hasilnya mengurangkan jurang antara kaum, bukankah itu akhirnya baik untuk negara?
Yang penting, perlu ada kesaksamaan. Menolong mereka yang memerlukan, bukan hanya mengayakan golongan elitis.
Setiap bangsa yang berjaya membantu bangsa mereka sendiri. Bangsa Cina kuat kerana mereka punya rantaian bekalan dan jalinan perniagaan sesama mereka.
Bangsa Yahudi menjadi bangsa peniaga terhandal kerana mendahuluikan bangsa sendiri dalam perniagaan, dan punya network seluruh dunia. Adakah Itu tindakan racist? Tidak sama sekali.
Pagi ni saya sarapan roti titab dan kopi ais. Di satu kopitiam baru di Cyberjaya. Best di sini. Peniaga Melayu jual makanan ala kopitiam Cina. Food can be our common ground.
Malaysians kalau bab makan susah dipolitikkan. Kita boleh saja makan makanan kaum lain. Integrasi berorientasikan makanan kita kuat.
Orang pun cakap:
Gendang gendut tali kecapi,
Kenyang perut suka hati.
It boils down to one thing. If we fix our economy dan negara jadi maju dan progresif. Tiada tempat untuk politik kaum dan agama jadi centre stage.