'Barang naik kerana kerajaan BN gagal kembali berkuasa'





Calon DUN Lambir, Zulhaidah Suboh menyifatkan kenaikan harga barang sebagai sudah dijangka kerana kerajaan BN yang gagal dan ditolak pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu kini diangkat semula menjadi Kerajaan Persekutuan.


Oleh itu, dalam kempennya kepada pengundi di Lambir, khusus kaum wanita dan peniaga kecil, keutamaan pengundi pada 18 Disember ini adalah menolak BN dan sekutunya GPS di Sarawak agar memberi isyarat bahawa penduduk Sarawak tidak mahu terus dipermainkan oleh kerajaan gagal.


"Kita dengar keluhan dari penjaja menyatakan sayur mahal sebab dia ambil mahal, jika harga (jual) lama RM2, tetapi kuantiti kecil (dikurangkan).


"Sebab itu kita menerangkan kepada penjaja sebab apa sayur mahal, kerana urustadir kerajaan yang gagal (sebeleum PRU 14) kembali semula menjadi keerajaan.


Inilah masanya penjaja, wanita dan seluruh rakyat Sarawak menggunakan kuasa tentukan kerajaan (tolak GPS). Rakyat Sarawak memberi isyarat kepada Kerajaan Persekutuan," katanya dalam ceramah grand finale secara atas talian, malam tadi.


Mengenai janji manifesto KEADILAN, Zulhaidah berkata beliau tidak menjanjikan bulan, bintang atau wang tunai tetapi masa hadapan generasi rakyat Sarawak yang lebih baik.


Terutama dalam isu Tanah Adat atau NCR. Katanya, kelulusan NCR yang tidak menyeluruh menyebabkan penduduk marah kepada pemimpin GPS.


Masalah utama adalah hak Tanah Adat. 58 tahun kerajaan GPS memerintah mereka tidak mampu selesaikan masalah NCR. Jika pun diberi kelulusan tetapi tidak diberi sama rata kepada kaum pribumi.


"Pada 30 November lalu, YB GPS misalnya memberi kelulusan permohonan tanah kepada beberapa buah kampung sahaja, seperti Kelulit, Berayak dan tidak menyeluruh. Yang mengalami masalah tanah bukan satu bangsa tetapi seluruh bangsa di Sarawak.


"Kita dari KEADILAN memperjuangkan sijil NCR di bawah Sekysen 18 Kanun Tanah Sarawak. Kita tidak mahu tanah itu disukat di bawah Seksyen 6," katanya.


Selain itu, beliau juga terkilan dengan sikap pemimpin Sarawak yang seolah olah memperbodohkan penduduk di rumah panjang. Apabila diminta bekalan air maka rumah panjang yang dipasang paip air namun bekalan air tiada.


"Ada kes paip ada tetapi tiada air. Setiap rumah ada paip. Bayangkan penduduk di rumah panjang diolok olokkan dan memperbodohkan penduduk luar bandar.


"Jalan pula jika pergi ke Kelitang misalnya, macam jalan balak. Seolah olah rakyat tidak diberi hak menikmati hasil bumi sendiri.


"Tetapi pemimpin kaya raya. KEADILAN tidak membeli maruah orang dengan duit. Kita mahu rakyat sedar duit itu tidak boleh membeli hak tanah. Dengan RM50 atau RM100 tidak menjamin masa depan generasi.


"Saya seru rakyat Sarawak biar pun KEADILAN tidak bertanding, berilah undi kepada komponen PH yang lain," katanya.