Calon DUN Lambir, Zulhaidah
Suboh menyifatkan kenaikan harga barang sebagai sudah dijangka kerana kerajaan
BN yang gagal dan ditolak pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu kini diangkat
semula menjadi Kerajaan Persekutuan.
Oleh itu, dalam kempennya
kepada pengundi di Lambir, khusus kaum wanita dan peniaga kecil, keutamaan
pengundi pada 18 Disember ini adalah menolak BN dan sekutunya GPS di Sarawak
agar memberi isyarat bahawa penduduk Sarawak tidak mahu terus dipermainkan oleh
kerajaan gagal.
"Kita dengar keluhan dari
penjaja menyatakan sayur mahal sebab dia ambil mahal, jika harga (jual) lama
RM2, tetapi kuantiti kecil (dikurangkan).
"Sebab itu kita
menerangkan kepada penjaja sebab apa sayur mahal, kerana urustadir kerajaan
yang gagal (sebeleum PRU 14) kembali semula menjadi keerajaan.
Inilah masanya penjaja,
wanita dan seluruh rakyat Sarawak menggunakan kuasa tentukan kerajaan (tolak
GPS). Rakyat Sarawak memberi isyarat kepada Kerajaan Persekutuan," katanya
dalam ceramah grand finale secara
atas talian, malam tadi.
Mengenai janji manifesto
KEADILAN, Zulhaidah berkata beliau tidak menjanjikan bulan, bintang atau wang
tunai tetapi masa hadapan generasi rakyat Sarawak yang lebih baik.
Terutama dalam isu Tanah Adat
atau NCR. Katanya, kelulusan NCR yang tidak menyeluruh menyebabkan penduduk
marah kepada pemimpin GPS.
Masalah utama adalah hak
Tanah Adat. 58 tahun kerajaan GPS memerintah mereka tidak mampu selesaikan
masalah NCR. Jika pun diberi kelulusan tetapi tidak diberi sama rata kepada
kaum pribumi.
"Pada 30 November lalu, YB
GPS misalnya memberi kelulusan permohonan tanah kepada beberapa buah kampung
sahaja, seperti Kelulit, Berayak dan tidak menyeluruh. Yang mengalami masalah
tanah bukan satu bangsa tetapi seluruh bangsa di Sarawak.
"Kita dari KEADILAN
memperjuangkan sijil NCR di bawah Sekysen 18 Kanun Tanah Sarawak. Kita tidak
mahu tanah itu disukat di bawah Seksyen 6," katanya.
Selain itu, beliau juga
terkilan dengan sikap pemimpin Sarawak yang seolah olah memperbodohkan penduduk
di rumah panjang. Apabila diminta bekalan air maka rumah panjang yang dipasang
paip air namun bekalan air tiada.
"Ada kes paip ada tetapi
tiada air. Setiap rumah ada paip. Bayangkan penduduk di rumah panjang diolok
olokkan dan memperbodohkan penduduk luar bandar.
"Jalan pula jika pergi ke
Kelitang misalnya, macam jalan balak. Seolah olah rakyat tidak diberi hak
menikmati hasil bumi sendiri.
"Tetapi pemimpin kaya
raya. KEADILAN tidak membeli maruah orang dengan duit. Kita mahu rakyat sedar
duit itu tidak boleh membeli hak tanah. Dengan RM50 atau RM100 tidak menjamin
masa depan generasi.
"Saya seru rakyat Sarawak
biar pun KEADILAN tidak bertanding, berilah undi kepada komponen PH yang
lain," katanya.