MENGKRITIK SEMUA ORANG ADALAH TABIAT BURUK MAHATHIR. SEOLAH BELIAU BETUL SEMUANYA. NAMUN SARANAN AGAR DIKAJI PERANAN RAJA RAJA MELAYUDAN PERBAHASAN UMUM DIANGGAP RELEVEN KERANA APA KEWAJARANNYA

 

MSO



GESAAN yang dilontarkan oleh 
Dr Mahathir Mohamad supaya diadakan perbincangan awam melibatkan hal ehwal dan peranan sistem raja berpelembagaan di negara ini wajar diberi perhatian dan tidak prejudis terhadap gesaan itu.

Setelah sistem berkenaan berjalan sejak lebih setengah abad (dikira mulai tahun 1955), sewajarnya ia dibincang bagi menyemak sejauh mana kebekesanannnya dan juga apa-apa kemungkin kesan huduh terhadap pentadbiran negara yang dilahirkan dari sistem itu. 

Perkara itu dibuat Dr Mahathir dalam memoir terbarunya, Capturning Hope, ketika membincangkan soal kaum dalam Malaysia Baru. Rasanya belum ada perbincangan awam mengenai mauduk itu seperti mana dihasratkan Dr Mahathir. Kita kadang-kadang begitu berhati-hati alias "penakut" untuk membincangkan isu-isu berkaitan raja-raja kerana ia sensitif, walhal isu itu sepatutnya ditangani secara terbuka dan professional bagi memastikan kerelevansinya.

Sistem raja berpelembagaan bukan hak eksklusif golongan nigrat semata-mata, tetapi ia juga adalah hak semua rakyat yang menjunjuginya. 

Bekas PM dua kali itu memperakui subjek itu sukar untuk dibincang(?), tetapi beliau mengakui seorang percaya kepada sistem itu bagaimana pun perbincangan mesti dilakukan kerana sistem itu ada sisi negatifnya. Misal katanya, orang Melayu tidak maju kerana sifat berserah hampir feudal kepada kerabat dan orang bergelar".

Tanpa menolak peranan raja-raja dalam perlembagaan beliau juga menyebut kepentingan peranan rakyat dan orang politik yang dijamin dalam perlembagaan.

Gesaan Mahathir itu mungkin tidak disenangi oleh pihak-pihak tertentu khasnya golongan pro feudalisme, pencium tangan sultan dan sebagainya, apa lagi mengenangkan pada sepanjang pentadbirannya sebagai perdana menteri Dr Mahatahir pernah meminda perlambagaan negara bersabit kekebalan raja-raja hampir 30 tahun lalu. Keberanian dan tanggungjawab Dr Mahathir meminda perlembagaan itu menyebabkan beliau telah dituduh cuba membuang raja-raja.

Tetapi yang jelasnya setelah 35 tahun kesemua sembilan Raja-Raja di negara ini masih kekal dan berdaulat serta selamat bersemayam di takhta masing-masing. Setengahnya memiliki lebih daripada dua istana. Setiap sebuah istana boleh membina 200 rumah untuk rakyat miskin.

Logiknya sebagai seorang bersifat patriotik, Dr Mahathir ada hujah dan kebimbangan sendiri kenapa sistem itu perlu dibincang secara umum. Perbincangan itu sudah pasti untuk menambahbaikan sistem berkenaan agar ia terus dihormati, kekal dan bukan untuk melupuskannya. 

Sebagai seorang PM selama 22 tahun campur 22 bulan, Dr Mahathir sangat memahami akan risiko dengan apa dilontarkan itu. Beliau nampak apakah hambatan dan kecacatan di sebalik sistem berkenaan berkaitan peranan dan tanggungjawab raja-raja selepas lebih 25 tahun menjadi pengurus besar negara ini. Dan beliau juga sedar risikonya akan dikritik bila mengbangkitkan perkara itu. 

Misalnya gesaan beliau terbaru itu, tidak sampai 48 jam sudah ada anak raja yang menempelak Dr Mahathir yang mempersoalkan tindakannya dengan menganggap tindakan Dr Mahathir menyerang institusi Mahathir tidak menyelesaikan masalah-masalah negara yang diciptanya. Anak raja itu juga menuduh Drf Mahathir tidak jujur dalam beberapa perkara dan mempedayakan raja dan rakyat.  

Apa yang dapat difahami kenapa Dr Mahathit menyarankan perbincangan itu bagi memperbetul atau meletakkan kuasa dan peranan raja-raja di atas paksi sebenar menurut perlembagaan dan semangat raja dan rakyat yang diamalkan selama ini. Selebihnya beliau tentu mahu rakyat memahami akan hak dan peranan mereka serta garisa pemisah kuasa dan hak rakyat dengan kuasa dan hak sistem raja berpelembagaan. 

Mungkin ada kalangan kita masih menganggap raja-raja Melayu yang ada kini masih bersifat raja atau sultan yang mempunyai kuasa secara monarki.

Dengan menyebut satu kes seorang penyampai radio (Patrick Teoh) diheret ke mahkamah atas tuduhan menghina seorang putera raja, Dr Mahathir menyatakan kekesalan atas tindakan itu dimana menurutnya sepatutnya anak raja itu menyaman Petrick Teoh bukan menggunakan pengaruh raja untuk menangkap penyamapi radio itu. Kejadian itu benar-benar mencabar beliau sebagai seorang demokratik. 

Hal-hal sebegitulah membuka hati Dr Mahathir menyebabkan beliau mencadangkan agar diadakan perbincangan awam berhubung peranan dan tanggungjawab raja berpelembagaan. 

Bertolak dari situ sewajarnya badan-badan atau majlis-majlis perundingan bangsa, Ngo yang memperjuangkan hak dan keadilan rakyat, atau Ngo yang mempertahankan institusi raja-raja mengambil bahagian dengan menyahut cadangan Dr Mahathir itu. 

Dalam wacana awam kelak boleh diundang sama pihak raja-raja atau wakil rja-raja untuk sama hadir bukan sahaja mengdengarnya, atau mempertahankan diri, bahkan berbincang, bertukar pandangan dan idea dengan cara itu mereka akan mendapat solusi terbaik serta memurnikan lagi sistem raja berpelembagaan yang kita sama-sama junjung itu.  

Memang tidak dinafikan peranan dan tanggungjawab raja untuk negara dan rakyat. Tetapi tidak boleh diselindung dan diketepikan juga ada peranan dan pengaruh raja-raja dalam hal-hal atau aspek yang boleh dipertikaikan atau pun mencacatkan sistem lain yang seiringan dengannya.

Seperti pengaruh dan kedudukan mereka digunakan untuk tujuan perniagaan sewenang-wenangnya, ia merupakan satu pengeksploitasi yang boleh memburukkan keadaan dan mencemarkan nama baik dan mulia raja-raja dan isntitusi itu sendiri. Mungkin tindakan itu atas tindakan diluar pengetahuan dan restu raja-raja, tetapi kalau tidak dibendung ia boleh memburukan nama baik raja-raja. 

Manakala kepada pelaksana tugas dan tanggungjawab (kerajaan) seperti pihak bertanggungjawab meluluskan projek, tander atau peniagaan itu tidak dapat bertindak menurut garis panduan ditetapkan kalau nama raja atau sultan sudah dikaitkan. Apa lagi kalau mereka dipanggil ke istana walaupun atas niat dan tujuan lain, menyebabkan mereka terpaksa memberi perhatian merit kepada penawar atau kontraktor menjaja nama raja itu dan sudah tidak akan dapat berlaku adil lagi. 

Sepekiara lagi mengenai peranan atau pengaruh istana dalam politik. Ambil dalam soal pelantikan menteri besar atau anggota majlis mesyuarat negeri (Exco) yang kuasa melantiknya terletak di tangan raja-raja. Menurut perlembagaan raja-raja atau sultan mempunyai kuasa mutlak dalam proses ini, tetapi mereka tetap juga perlu bergantung kepada perlembagaan atau kuasa demokrasi.

Tetapi sudah acap berlaku walaupun seseorang itu mendapat sokongan daripada partinya, dan berhak untuk dilantik menjadi menteri besar apabila ia tidak mendapat restu sultan atau bergaduh dengan pihak istana. Ini menyebabkanh individu yang diangkat rakyat melalui sistem dibenarkan perlembagaan tidak dapat mengangkat sumpah kerana ada peranan istana. Hal-hal sebegini menyebabkan sistem itu tempang dan cacat. 

Situasi seperti inilah perlu kepada perbincangan untuk menjelaskan serta meletakkan garis lurus sejauh mana peranan dan tanggungjawab raja-raja dalam soal ini. Justeru gesaan Dr Mahathir itu perlu diterima secara objektif dan jangan sama sekali menganggap bahawa Dr Mahathir mahu menggerakan usaha untuk membuang raja untuk kesekian kali seperti mana ditohmahkan kepadanya. [11:14 am 16/12/2021]