Oleh FAZLI RADZI / November
19, 2021
AMANAH berpendapat
tindakan Kabinet diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
meluluskan permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mendapatkan hartanah
bernilai RM100 juta di ibu negara sebagai tidak masuk akal dan melampau.
Presiden AMANAH, Mohamad
Sabu berkata, parti itu senada dengan pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan (PH)
untuk menolak pemberian rumah dan tanah hasil wang rakyat kepada Ahli Parlimen
Pekan tersebut.
“Tambahan pula wujud
percanggahan apabila Najib mendakwa beliau membuat permohonan mendapatkan wang
tersebut pada tahun 2018, manakala Menteri Kewangan memaklumkan secara rasmi
bahawa permohonan dikemukakan hanya selepas pembentangan Belanjawan 2022 di
Parlimen,” tegasnya dalam kenyataan hari ini.
Mohamad yang juga Ahli Parlimen
Kota Raja itu berkata, tidak seperti Perdana Menteri terdahulu; Tunku Abdul
Rahman Putra, Tun Abdul Razak Hussien, Tun Hussien Onn dan lain-lain hidup
dengan pencen dan wang imbuhan yang kecil.
“Tunku
Abdul Rahman yang besar jasanya, tidak memperolehi wang pencen yang mencukupi,
beliau menjadi kolumnis di akhbar The Star dengan bayaran imbuhan yang kecil.
Mohamad yang juga Ahli Parlimen
Kota Raja itu berkata, tidak seperti Perdana Menteri terdahulu; Tunku Abdul
Rahman Putra, Tun Abdul Razak Hussien, Tun Hussien Onn dan lain-lain hidup
dengan pencen dan wang imbuhan yang kecil.
“Tunku
Abdul Rahman yang besar jasanya, tidak memperolehi wang pencen yang mencukupi,
beliau menjadi kolumnis di akhbar The Star dengan bayaran imbuhan yang kecil.
“Mantan-mantan Perdana Menteri
ini tidak pernah mencuri harta rakyat semasa menjadi PM, mereka tidak pernah
didakwa atau dijatuhkan hukuman di atas perlakuan jenayah.
“Berlainan
dengan kes Najib di mana beliau telah didapati bersalah oleh Mahkamah dan telah
pun dihukum penjara. Beliau hanya menunggu rayuan di atas hukuman jenayah yang
telah beliau lakukan,” katanya.
Sehubungan
itu, Mohamad berkata, adalah tidak munasabah bagi seorang seperti Najib hendak
diberi imbuhan RM100 juta sedangkan jenayah yang dilakukannya amat besar.
Semalam, Menteri Kewangan, Tengku
Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengesahkan Kabinet menerima permohonan
daripada Najib Razak untuk mendapatkan hartanah bernilai RM100 juta di ibu
negara.
Bercakap
semasa sesi penggulungan di Dewan Rakyat, Tengku Zafrul bagaimanapun, berkata,
maklumat berkaitan rumah dan hartanah bernilai RM100 juta itu tidak dimasukkan
ke dalam Belanjawan 2022 kerana permohonannya dibuat selepas pembentangan.
Mengulas
lanjut, Mohamad menegaskan Malaysia menanggung hutang 1MDB yang amat besar
akibat kecuaian Najib.
“Pada
tahun 2019, Menteri Kewangan ketika itu mendedahkan bahawa skandal kewangan dan
penyelewengan kerajaan terdahulu sama ada berkaitan 1MDB atau bukan, dianggar
membabitkan kira-kira RM150 bilion.
“Kes
1MDB sahaja membabitkan RM51 bilion termasuk faedah yang hanya akan
dilangsaikan sepenuhnya pada 2039.
“Bayangkan
betapa besar impak jumlah RM13.9 bilion yang perlu dibelanjakan sejak 2017
hingga 2020 untuk membiayai kerugian skandal 1MDB dan SRC di bawah pentadbiran
Najib.
“Justeru
kita hairan mengapa seorang yang digelar banduan oleh mantan PM, Tun Dr
Mahathir dianugerahkan dengan dana milik rakyat? Ini tindakan yang tidak logik.
“Maka kita tegaskan, walaupun kita mempunyai MoU dengan Ismail Sabri, Pakatan Harapan tetap akan menolak penganugerahan ini kerana kita mendapati, PM terlalu lemah dan penakut serta tidak berani untuk melindungi kepentingan rakyat,” kata Mohamad lagi.