Oleh FAZLI RADZI / October
25, 2021
Rata-rata warganet
mengkritik kepimpinan Pas pada masa ini susulan seruan Presiden parti itu,
Datuk Seri Abdul Hadi Awang agar veteran Pas, Assabiqun berperanan dalam
perjuangan.
Bagi pengguna Facebook,
Manaf Selasih, Muslim yang baik dan sihat akal jiwanya akan tahu cara sebenar
perjuangan Islam ditegakkan.
“Semua Muslim yang tahu dan
faham akan menolak mentah-mentah apa yang diseru oleh Dato’ Seri Tuan Guru Haji
Hadi Awang ini,” katanya dalam ruang komentar Facebook rasmi, Harakahdaily hari
ini.
Tambah Manaf, sejak berzaman
Islam menolak cara menduakan kesatuan Islam yang disekutukan dengan kumpulan
politik yang sifatnya sempit.
“Muslim
yang masuk politik boleh sahaja perjuangkan Islam sebagai orang Islam tanpa
bising-bising mendakwa diri pejuang Islam,” hujahnya lagi.
Terdahulu, Hadi yang juga Ahli
Parlimen Marang dilapor berkata, berjihad menentang serangan pemikiran yang di
bawah musuh kini menjadi fardhu ain bagi setiap individu.
Katanya,
hal ini kerana beliau melihat kini, musuh sudah mula masuk ke negeri, rumah
bahkan pemikiran orang Islam sendiri.
Ekoran
itu, deretan komentar turut menyindir termasuk mengaitkan dengan pembelian
nombor plat VIP.
“Pesan jangan buat plat kereta
sampai RM100,000,” perli Shamsul Rahman.
Dalam
masa sama, pemimpin Pas juga ditempelak ekoran penggunaan istilah Arab seperti
‘Assabiqun’ itu.
“Dok
main istilah Arab. Kira habis lunaklah segala hati rakyat Malaysia ye? Zaman
80-an bolehlah. Pakat menitik air liur dengar ceramah.
“Campur-campur pula ayat-ayat
al-Quran dan term Arabic. Balik ceramah rasa nak beli unta panjat,
berkobar-kobar semangat,” sinis Zack Mortein.
Selain
itu, ada juga netizen mengingatkan tentang sikap ‘cakap tidak serupa bikin’
orang Pas menjelang pilihan raya.
“Nak
mengundi hari-hari keluar dalil. Yang pelik dia tidak menjadi contoh apa yang
diucapkan,” kata Kasim Sabtu.
Bahkan,
ada yang menegaskan mereka sudah tampil mempertahankan dan menegakkan Islam
tetapi bukan bermakna akan memilih Pas di kertas undi nanti.
“Dah ambil peranan pun tapi tak undi Pas,” kata seorang warganet lagi.