KUALA LUMPUR – Tumpuan dalam pilihan raya
negeri Melaka terletak pada dua gergasi iaitu Pakatan Harapan (PH) dan Barisan
Nasional (BN), manakala pengaruh Perikatan Nasional (PN) dianggap sangat
terhad.
Dalam pada itu, seorang lagi penganalis
politik, Lum Chih Feng juga berpendapat kadar mengundi yang rendah dan pengaruh
akar umbi UMNO yang kuat membolehkan UMNO memiliki peluang lebih besar untuk
menguasai semula Melaka.
“PH memang akan mendapat ‘dunia runtuh’ tertentu dalam keadaan
undi Melayu yang berpecah, tetapi ‘dunia runtuh’ yang bakal dinikmati itu tidak
akan sebanyak pada 2018,” katanya.
Penganalisis itu juga menjangkakan kemungkinan PH kehilangan
kawasan campuran di mana populasi Melayu mencecah 60 hingga 70 peratus.
Penganalisis politik, Wong Chin Huat berkata, kuasa PN yang diterajui Bersatu dan Pas adalah lemah dan sukar mencapai kemenangan dalam perang tiga segi.
“Secara umumnya, keadaannya adalah antara
BN dan PH di Melaka,” katanya kepada Kwong Wah Yit Poh.
Mengenai keadaan PH, Chin Huat berkata, sebagai parti yang
menekankan aspirasi politik dan melaungkan perubahan kerajaan, fahaman dan
matlamat PH sukar digerakkan secara optimum kerana COVID-19.
“Keadaan semasa mungkin menyebabkan kadar keluar mengundi
merosot, sekali gus menyebabkan peluang kemenangan berpihak kepada UMNO,”
katanya.
“Untuk kerusi yang mempunyai ramai
pengundi Cina pula, DAP dijangka dapat mengekalkan pengaruh yang ada,” katanya.
Mengulas tentang kedudukan PN, Chih Feng berkata, Bersatu dan
Pas mungkin pulang dengan tangan kosong dalam pilihan raya negeri kerana dua
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bersatu di Paya Rumput dan Telok Mas bukannya
pemimpin yang sangat berpengaruh.
“Mereka boleh menang pada 2018 kerana didorong oleh angin pembangkang yang sedang bertiup,” katanya.