PESAWAT PEJUANG SINGAPURA TERBANG RENDAH DIRUANG UDARA PASIR GUDANG-KERAJAAN MALAYSIA DIAM ?

 May be an image of Hassan Abdul Karim



Kenyataan Media
Ahli Parlimen Pasir Gudang
Isu: Pesawat Terbang Tentera Udara Singapura terbang rendah di Ruang Angkasa Pasir Gudang.
Saya telah menerima banyak aduan dari orang ramai, penduduk setempat dalam bulan Oktober 2021 dari Rakyat di daerah Pasir Gudang yang meliputi Parlimen Tebrau Dan Parlimen Pasir Gudang.
Mereka mengadu kepada saya tentang kekerapan kelihatan pesawat-pesawat tentera Republik Singapura terbang rendah di ruang Angkasa Pasir Gudang yang berjiran dengan Singapura.Kawasan yang terlibat seperti di Kampung Pasir Putih, Taman Scientex, Taman Air Biru dan Taman Cendana, antara lainnya.
Selaku Ahli Parlimen Pasir Gudang saya mohon Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Johor, terutama Kementerian Luar Dan Kementerian Pertahankan menyiasat kejadian pencerobohan ruang angkasa Malaysia oleh pesawat Negara asing.
Tindakan sewajarnya perlu diambil oleh pihak Kerajaan Malaysia. Kejadian pencerobohan ruang angkasa negara kita ini kelihatan kerap berlaku selepas Kerajaan Pusat membangkitkan isu untuk mengkaji semula Kes Pulau Batu Puteh/ Pedra Blanca.
Ahli Parlimen Pasir Gudang
19 Oktober 2021