Presiden AMANAH, Mohamad Sabu
menegaskan bahawa Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang akan diadakan pada 20
November nanti adalah pilihan raya yang dipaksakan oleh kerajaan Datuk Seri
Ismail Sabri Yaakob.
Beliau
berkata, PRN yang tetap diteruskan di negeri itu menunjukkan Ismail sebagai
pemimpin yang lemah dan teruk tatkala perjanjian persefahaman sedang
berlangsung antara pemimpin Pakatan Harapan dan kerajaan Persekutuan.
“Sewajibnya
tidak perlu pilihan raya kerana empat penyokong Perikatan Nasional – Barisan
Nasional telah berpaling tadah dan menyokong PH.
“Sepatutnya pihak PH lah yang ada
majoriti. Tapi pemerintahan Ismail begitu lemah dan beliau tunjuk kelemahan ini
ketika persefahaman antara pembangkang dan perdana menteri sedang berjalan.
“Kita
tak tahu Malaysia nak pergi ke arah mana. Pilihan raya dipaksakan kepada
rakyat. Bagi saya ini bukan soal musim Covid-19 atau tak, pilihan raya masih
boleh diadakan.
“Soalnya
Ismail Sabri ini kita tidak tahu dia ikut formula mana. Inilah perdana menteri
paling bankrap dan paling teruk dalam sejarah wujudnya PM di Malaysia. Kamu
paksakan pilihan raya yang sepatutnya tidak perlu diadakan di Melaka,” tegasnya
dalam satu video yang disiarkan di Facebooknya tengahari tadi.
Pada
masa sama, Mohamad turut membangkitkan semula situasi ketika Adly Zahari
kehilangan sokongan dan gagal membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) kerana
tiada lagi majoriti.
Apa
yang berlaku ketika ini juga sama situasinya ketika Adly dijatuhkan dan tidak
seharusnya DUN dibubarkan kerana Datuk Seri Sulaiman tidak lagi mempunyai
sokongan majoriti.