Sesuaikah Presiden Pas terus jadi duta ke Timur Tengah?
Pada tahun 2019, Presiden PAS dikaitkan sebagai “terrorist” oleh negara Arab Saudi, UAE, Mesir dan Bahrain. Ini kerana penglibatan beliau dalam organisasi International Union of Muslim Scholars (IUMS).
Tahun 2020 dan 2021, beliau dilantik oleh PM8 dan PM9 sebagai Duta Timur Tengah bertaraf Menteri.
Dua persoalan yang kita harus tanya:
- Adakah beliau masih disenaraikan sebagai pengganas oleh kebanyakan negara Timur Tengah tersebut kerana penglibatan dalam IUMS?
- Jika jawapannya ya, bagaimana beliau hendak menjalankan tanggungjawab sebagai Duta Malaysia di Timur Tengah, kerana masih disenarai hitamkan sebagai terrorist di sana?
Kalau masih dalam senarai, elok la jawatan dikosongkan. Mungkin boleh ganti dengan PM6, mana tahu ada rezeki derma arab lagi! dapat billion2 mana nak cari?
But this time around, kalau dapat derma lagi, jangan la masuk akaun sendiri. Terus bagi kepada MOF, guna untuk rakyat, bukan untuk parti.
Pesanan khidmat masyarakat daripada rakyat marhein.