NORMAN RADZUAN
Antivaksin kena bersabar setahun dua...SOP akn longgar
95% pelajar sekolah anak sudah divaksin
DATA MENUNJUKKAN SUATU YG POSITIF
Whatsapp dgn guru sekolah anak2 sebentar tadi. Guru Form 5 kelas
anak saya memaklumkan dari 30 pelajar semuanya telah divaksin. Guru kelas anak
Form 2 memaklumkan dari 35 pelajar, 34 sudah divaksin. Guru kelas anak Form 1
maklumkan dari 36 pelajar, 34 sudah divaksin. Ia dlm tempoh seminggu sahaja dan
saya rasa ia agak pantas.
Perang pro vaksin dan anti vaksin terus berlaku di wall. Saya
tak mahu kritik sesiapa. Bagi saya jika kita yg mahu divaksin (pro vaksin) ada
hujahnya dan mereka yg tidak mahu divaksin (anti vaksin) itu ada hujahnya.
Barangkali kita betul dan barangkali mereka betul. Tak perlu
gaduh2 cuma setakat ini berdasarkan kpd data yg diterima ia amat positif kpd
mereka yg telah divaksin. Maeps dikhabarkan tidak bz lagi dan begitulah juga
hospital2 di sekitar Lembah Klang.
Cuma kes kematian masih tinggi. Ada yg sindir jika sudah
divaksin kenapa kes kematian tinggi? Data menunjukkan mereka yg tidak divaksin
mempunyai kes kematian tinggi dan kritikal. Begitu juga kpd yg obes.
Apapun sesama kita tak perlu gaduh bab ni. Sebab kita semua pun
tak tahu siapa yg betul. Cuma pasal agenda2 ini saya kurang pasti sb negara
Israel adalah mereka yg paling ramai divaksin dan begitu juga negara2 Eropah
serta China. Takkan mereka nak bunuh rakyat mereka sendiri kan.
Entahlah... seperti saya kata kita amalkan apa yg kita yakin.
Utk saya seperti saya katakan vaksin, Iverxxxxx, vitamin, makanan atau minuman
sunnah semua itu saya yakin.
Saya simpati kpd mereka yg anti vaksin dan saya harap
bersabarlah. Saya yakin jika kes semakin menurun dlm setahun dua ini...
kerajaan akan melonggarkan syarat2 dgn membenarkan anti vaksin mengunjungi
Mall, rentas negeri, premis restoran, hotel, panggung wayang dan sebagainya.
Setahun dua tu tak lama. Jadi tak perlu gaduh2 atau salahkan
sesiapa hingga nama Anwar Ibrahim pula dijadikan bahan cacian. Anda berhak
tidak mahu divaksin cuma SOP negara dan dunia lebih kpd pro vaksin.
Indonesia negara yg mewajibkan rakyatnya divaksin. Cuma mereka
yg rindu Kaabah mungkin hadapi kesukaran jika tidak divaksin. Ini bukan undang2
negara kita tapi Arab Saudi. Jgn Anwar juga yg kena marah.
Chill ok...kita ada pilihan mahu atau tidak.