Antivaksin kena bersabar setahun dua...SOP akan longgar


May be an image of text


NORMAN RADZUAN


Antivaksin kena bersabar setahun dua...SOP akn longgar

 

95% pelajar sekolah anak sudah divaksin

 

DATA MENUNJUKKAN SUATU YG POSITIF

 

Whatsapp dgn guru sekolah anak2 sebentar tadi. Guru Form 5 kelas anak saya memaklumkan dari 30 pelajar semuanya telah divaksin. Guru kelas anak Form 2 memaklumkan dari 35 pelajar, 34 sudah divaksin. Guru kelas anak Form 1 maklumkan dari 36 pelajar, 34 sudah divaksin. Ia dlm tempoh seminggu sahaja dan saya rasa ia agak pantas.

Perang pro vaksin dan anti vaksin terus berlaku di wall. Saya tak mahu kritik sesiapa. Bagi saya jika kita yg mahu divaksin (pro vaksin) ada hujahnya dan mereka yg tidak mahu divaksin (anti vaksin) itu ada hujahnya.

Barangkali kita betul dan barangkali mereka betul. Tak perlu gaduh2 cuma setakat ini berdasarkan kpd data yg diterima ia amat positif kpd mereka yg telah divaksin. Maeps dikhabarkan tidak bz lagi dan begitulah juga hospital2 di sekitar Lembah Klang.

Cuma kes kematian masih tinggi. Ada yg sindir jika sudah divaksin kenapa kes kematian tinggi? Data menunjukkan mereka yg tidak divaksin mempunyai kes kematian tinggi dan kritikal. Begitu juga kpd yg obes.

Apapun sesama kita tak perlu gaduh bab ni. Sebab kita semua pun tak tahu siapa yg betul. Cuma pasal agenda2 ini saya kurang pasti sb negara Israel adalah mereka yg paling ramai divaksin dan begitu juga negara2 Eropah serta China. Takkan mereka nak bunuh rakyat mereka sendiri kan.

Entahlah... seperti saya kata kita amalkan apa yg kita yakin. Utk saya seperti saya katakan vaksin, Iverxxxxx, vitamin, makanan atau minuman sunnah semua itu saya yakin.

Saya simpati kpd mereka yg anti vaksin dan saya harap bersabarlah. Saya yakin jika kes semakin menurun dlm setahun dua ini... kerajaan akan melonggarkan syarat2 dgn membenarkan anti vaksin mengunjungi Mall, rentas negeri, premis restoran, hotel, panggung wayang dan sebagainya.

Setahun dua tu tak lama. Jadi tak perlu gaduh2 atau salahkan sesiapa hingga nama Anwar Ibrahim pula dijadikan bahan cacian. Anda berhak tidak mahu divaksin cuma SOP negara dan dunia lebih kpd pro vaksin.

Indonesia negara yg mewajibkan rakyatnya divaksin. Cuma mereka yg rindu Kaabah mungkin hadapi kesukaran jika tidak divaksin. Ini bukan undang2 negara kita tapi Arab Saudi. Jgn Anwar juga yg kena marah.

Chill ok...kita ada pilihan mahu atau tidak.