MOHD SAYUTI OMAR
Pembangkang tidak berpuas hati dengan penerimaan Yang di-Pertuan
Agong terhadap dakwaan Mahiaddin yang perdana menteri itu masih mempunyai
sokongan mencukupi.
Dalam perutusan khas tengah hari tadi Mahiaddin mengatakan
beliau masih mendapat sokongan majoriti dan perkara itu telah disembahkan
kepada Yang di-Pertuan Agong.
Dengan menerima oleh Yang di-Pertuan Agong terhadap dakwaanya
itu menyebabkan beliau tidak meletak jawatan dan kekal sebagai perdana menteri.
Beberapa jam selepas Mahiaddin membuat perutusan menjelaskan
perkara itu, pembangkang mempersoalkan angka yang diberikan Mahiaddin kerana
sebelum ini mereka yakin bahawa sokongan kepada Mahiaddin sudah tidak mencukupi
lagi.
Pembangkang juga meperakui yang pendirian mereka masih kekal
menolak Mahiaddin, ertinya tidak ada mana-mana kelompok dari pembankang yang
pusing atau berpaling tadah menyokong Mahiaddin.
Dalam pada itu presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi telah
mengeluarkan kenyataan menegaskan dengan penuh yakin bahawa Mahiaddin sudah
tidak mencukup majoriti lagi, apabila lapan ahli parlimen Umno menarik balik sokongan
seperti diumumkan semalam.
Menurut Zahid hari ini beliau menghantar beberapa nama lagi ahli
parlimen Umno yang menarik sokongan sebagai tambahan.
Dalam perkiraan dibuat berdasarkan pengakuan Zahid dan jumlah
dimiliki pembangkang terdapat 117 ahli parlimen menolak Mahiaddin dan kerajaan
PN berbanding dengan 103 yang menyokong Mahiaddin. Jumlah semua adalah 220.
Perkara ini sedang menjadi polemik dalam kalangan umum dan
mengelirukan. Justeru adalah baik kalau yang di-Pertuan Agong mengambil
kebijaksanaan mendedah nama-nama yang dipersembahan oleh Mahiaddin yang didakwa
menyokongnya itu.
Pendedahan nama-nama ahli parlimen itu dikira terbaik, dan juga
bagi mengelakkan Yang di-Pertuan Agong terpedaya dengan fakta yang tidak benar
dan disalah anggap oleh rakyat. Trims.