PKP terlalu lama hingga bisnes hampir lingkup – Peniaga

 Pix-India-Gate-04


Restoran India Gate yang sunyi tanpa pengunjung ekoran dine-in tidak dibenarkan.

KUALA LUMPUR – Seorang usahawan kesal kerana  kerajaan masih belum membuat sebarang ketetapan kelonggaran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedangkan perniagaan majoriti peniaga sudah nazak.

Pemilik restoran India Gate, berkata, ramai peniaga sudah kehilangan daya dan kata-kata kerana PKP yang berpanjangan tanpa ada noktah.

Keadaan sukar ini bagaimanapun semakin mencabar apabila pemimpin-pemimpin masih sibuk berpolitik siang dan malam, berbincang tentang kuasa dan kedudukan masing-masing.

Beliau yang sudah 90 hari yang patuh tidak membenarkan restorannya dibuka untuk dine-in tidak dapat mengawal perasaan marah, sakit hati dan kecewa dengan senario semasa negara.

”Tidak ada apa-apa yang konsisten, kita tertunggu-tunggu apakah pengumuman seterusya selepas kita lalui lalui PKP untuk masa cukup lama.

“Tapi apa yang kita dengar hanyalah tentang kuasa, kedudukan dan siapakah yang masih berkuasa dalam politik. Habis nasib rakyat, peniaga bagaimana?

“Sebagai peniaga kita susah hati dengan ketidakpastian keadaan,” katanya dengan nada kesal.

Description: Pix-India-Gate-01Pemilik India Gate, Saravanan Subramaniam

Menurutnya, dia sendiri tidak faham walaupun kerajaan sudah melaksanakan PKP, Pelan Pemulihan Negara tetapi angka kes jangkitan dan kematian akibat Covid-19 masih tinggi.

Soalnya, kenapa angka-angka itu masih tinggi kerana rakyat sudah lama berkurung.

“Kalaulah keadaan ini masih berterusan, percayalah perniagaan, restoran-restoran akan lingkup,” ujarnya yang buntu.

Saravanan dengan penuh emoasi berkata: ”Tolonglah kami, kami sudah nazak ini. Tolonglah.

”Bukan sahaja rakyat sedang dan akan mati kerana Covid-19 tetapi juga ekonomi”.

Beliau turut kesal kerana ketika keadaan semakin rumit, banyak pekerja hilang pekerjaan, anak-anak kelaparan tetapi PKP yang dilaksanakan masih tidak dilakukan dengan serius.

Lebih menyedihkan ketika rakyat semakin miskin, mekanisme jitu untuk bantu rakyat masih belum mencapai tahap yang diharapkan, katanya. 

 


No comments: