MT Umno kata langkah Ismail Sabri makan diri!

 

MT Umno kata langkah Ismail Sabri makan diri!


 

Ada beberapa sebab kenapa sidang Media Ismail Sabri pagi semalam makan diri dan menikam balik PM dan Kerajaan PN.

Pertama, Dr Noraini Ahmad umum letak jawatan sebagai Menteri KPT. Ia memalukan Ismail kerana Noraini ada “weightage”.

Noraini adalah Ketua Wanita UMNO yang bertaraf Timbalan Presiden. Di belakangnya akar umbi UMNO yang besar dan penting. Itu yang Muhyiddin mahukan. Tetapi Ismail gagal deliver untuk PM.

Kedua, Ismail memasukkan nama TS Noh Omar dan Azeez Rahim dalam senarai yang sokong Muhyiddin. Tetapi kedua duanya nafi dalam sidang media berasingan. Ismail dimalukan.

Ketiga, Ismail berselindung guna naratif mentaati titah YDP Agong. Baginda mahu keabsahan Kerajaan PN ditentukan oleh Parlimen September nanti.

Sedangkan semua tahu, jika UMNO tidak hantar senarai 8 MP yang tarik sokongan, tidak mungkin PM tertekan dan benarkan usul “undi percaya” dibentang di Parlimen.

Keempat, Ismail Sabri mendedahkan dirinya sebagai penentang keputusan parti. Dalam mesyuarat MKT dia berikrar akur keputusan parti dan sedia letak jawatan.

Rupanya dia masuk kumpulan yang ikut agenda musuh UMNO. Sepatutnya dia bersolidariti dengan partinya sendiri.

Kini Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO tidak bersama dengannya. Pengerusi Pengerusi Perhubungan negeri juga tidak bersamanya.

Ismail Sabri hanya didokong oleh MP UMNO yang sudah jumpa pintu keluar seperti Idris Jusoh, Ahmad Hamzah, Ismail Mutalib, Nazri, Mastura, Halimah, Annuar Musa, Zahidi, Sahar, Shahidan, Hassan Ariffin dan Tajuddin.

Warkah YDP Agong 29 Julai menzahirkan rasa murka dan dukacita Baginda kepada PM dan Kerajaan PN kerana isu Ordinan Darurat. Kenapa Ismail Sabri berdegil untuk bersama dengan Muhyiddin?


No comments: