MOHD MUKHLIS
Mexican Standoff
Mexican Standoff adalah konfrontasi di mana tidak ada strategi
yang membolehkan mana-mana pihak mencapai kemenangan.
Kita tolak tepi bab kabinet, kita kira calon PM yang berpotensi
besar untuk di lantik.
Masalah besar dia ada berberapa perkara. Pembangkang ada 105,
dan PH ada dalam 88; UMNO-Kluster MKT ada 15.
Jadi dalam kerajaan PN; UMNO ada 23 MP - Kluster Menteri.
Bersatu ada 31 kerusi. Masalah dengan Bersatu; mereka dan
terlepas cakap, kutuk kluster mahkamah banyak sangat jadi mereka sangat takut
kalau kluster mahkamah naik berkuasa. Jadi mereka prefer someone yang neutral
pada mereka dan tak akan balas dendam.
PAS walaupun ada 18 kerusi, Ketua pemuda PAS tempoh hari cabul
mulut sebut UMNO kluster Mahkamah. Jadi PAS pun takut kalau UMNO kluster
Mahkamah berkuasa. PAS dan Bersatu Prefer UMNO dari Kluster Menteri contohnya
Mail Sabri atau H20 naik.
Kluster Mahkamah UMNO pula game dia lain, rasanya mereka prefer
H20 sebab ada pertalian dengan Najib, backup dia adalah Kuli. Kalau H20 naik,
kes depa boleh kowtow, sebab tu Kuli calon alternatif. Kluster Mahkamah tak
prefer Mail Sabri sebab Mail Sabri ingkar perintah MKT dan Parti untuk letak
jawatan. Lagi satu kalau Mail Sabri naik PM, sudah pasti MKT semua kena sailang
sebab Mail Sabri takkan nak stay naib presiden, mesti dia aim presiden.
KuLi - Kira calon neutral dari UMNO; tapi yang mana both kluster
boleh agree, tapi yang jadi masalah sekarang ini kluster Mahkamah (Najib) nak
saman Mahiadin sebab tuduh dalam TV yang mereka suruh Mahiadin salah guna
kuasa. Jadi tanpa Bersatu, Kuli hanya boleh dapat 84 kerusi maximum.
Kalau UMNO nak jadi PM juga, mereka kena berkompromi dengan
Bersatu. Maknanya kena terima Jemin, Lampir dan semua MP Bersatu jadi menteri
kabinet; padahal Jemin ini is the most hated politician in Malaysia. Kalau
terima Jemin makanya penyokong bawahan UMNO akan marah dan PRU15 nanti UMNO
akan temui jalan sukar.
Jadi siapa yang kata kalau Kuli nak jadi PM itu jalan mudah
adalah salah sama sekali.
Tidak bermakna dalam PH pun dapat jalan senang. Dalam 105
Pembangkang, Pejuang kata dia tak nak masuk campur dan nak stick dengan idea
gila MPN. Padahal idea MPN ini langsung tak masuk akal bila kita ada 220 MP
yang di bayar gaji untuk berfikir demi rakyat; kenapa nak ada majlis luar lagi?
Siapa pula nak bayar gaji MPN ini?
Cumanya idea MPN ini timbul lepas Mahathir tahu tak ada siapa
nak calon kan dia jadi PM buat kali ke tiga ( baca saya pernah tulis strategi
kuatkan PH tahun lepas) . So dengan harapan YDPA pilih option MPN ini, dia
masih ada peluang untuk jadi PM.
Ingat tindakan Pejuang ini akan menentukan hidup mati mereka
pada PRU15. Bersatu sudah pasti bungkus; dengan jentera tak ada, lebai pun dah
tak mahu tanggung biawak hidup. Kalau Pejuang masih tak nak sokong PH berkeras
dengan idea MPN dia, nampak sangat yang dia canang-canang nak kembalikan mandat
rakyat hanyalah smokes-screen; sebenarnya nak restore mandat Mahathir nak jadi
PM sampai habis penggal.
Tak kisahlah PH dapat jadi kerajaan atau tidak; keputusan
Pejuang nanti akan reveal intent sebenar mereka berpolitik.
Kalau betullah MPN itu bagus, Pejuang tak perlulah masuk
bertanding PRU15, buat apa masuk bertanding kalau boleh senang-senang buat MPN?
Boleh jimat duit rakyat 1 billion untuk PRU15.
GPS mereka biasa support Goverment of the day. Yang duk kata
tahun lepas Shafie boleh tarik sokongan mereka kalau jadi calom PM adalah
pembohong aje, itu semua ploy nak pecahkan PH. Buktinya sampai sekarang GPS
setia dengan PN, takde pun Shafie boleh tarik GPS.
Sebab itu the win-win situation adalah untuk mana-mana pihak
yang betul-betul cakna masa depan negara untuk sokong PH.
Sifir dia mudah. Anwar Ibrahim offer satu politik reform, yang
tidak berlandaskan dendam tapi berlandaskan harapan. Siapa yang buat kesalahan
jenayah kena face the music tapi tak ada orang yang akan di tekan hanya sebab
tak sokong Prime Minister of the day. Kembalikan semula hak rakyat yang
mengundi PRU14 lepas untuk kerajaan PH. Yang mana-mana sokong PH tak kisahlah
dari mana-mana kluster pun boleh terus sokong PH di parlimen tapi tak masuk
dalam kabinet.
Dengan barisan Menteri yang competent macam Dr Maszlee, Dr Dzul,
Saif Nasution, Yeo Bee Yin, Hannah, Anthony Loke ; Insyallah PH boleh stear
balik Malaysia ke jalan yang betul. Kalau Warisan bersetuju sokong pun macam
Darrell Leiking boleh turut serta tapi kira macam first come basisla. Shafie
Apdal boleh jadi TPM.
Ingat Majlis Raja Raja bertitah point 6
(II) Keadaaan ekonomi dan kewangan negara yang membimbangkan
(V) Kesusahan yang sangat di sangat di hadapi oleh rakyat yang
kehilangan kerja dan pendapatan
(V) Suhu politik yang semakin panas dan wajib di redakan
(VII) Kerajaan yang stabil dan mendapat keyakinan serta sokongan
dari rakyat
Point 8 MRR titah yang kena ada semak imbang ( kita tak tahu
berapa PN dah spend untuk perbelanjaan tambahan maybe 120 billion sebab
parlimen tutup) , permisahan cabang kuasa eksekutif, legistatif dan kehakiman (
tengok macam mana PM PDF kawal 2 cabang dengan tukar Speaker dan AG), dah juga
salah guna kuasa ( audio scheme of things, dan audio budak kite).
Jadi tanggungjawab kerajaan baru ini sangat berat dan hanya
dengan kerajaan yang kompetent sahaja yang boleh merealisasikan harapan Majlis
Raja-Raja.
Adakah pembaca rasa kalau Kuli sekali pun di lantik, tapi
menteri kabinet semua dari PN, harapan Raja-Raja Melayu ini akan tercapai?
Tapi kalau yang terjadi sebaliknya, dah masih PN juga naik jadi
kerajaan, PH tumpukan sahaja pada PRU15.
Ingat PH dapat peluang ini ini di kira bonus, sebab yang tarik
balik sokongan pada PN adalah UMNO, bukan Anwar atau DAP atau bukan Warisan
dapat tarik GPS. Jadi kalau dapat balik kerajaan, kita ucap Alhamdulillah,
kalau tak perancangan Allah itu sebaik-baik rancangan