CUBA MENAIKKAN PEWARIS KERAJAAN GAGAL PN SEBAGAI PM SETERUSNYA ADALAH KEGILAAN PALING GILA

Di mata rakyat, Perikatan Nasional atau PN adalah sebuah kerajaan yang gagal.

Sejak 17 bulan lalu boleh dikata tidak ada sektor yang berkembang dengan baik di bawah kerajaan PN, kecuali kes Covid19 dan jumlah kematian akibat daripada wabak tersebut yang sentiasa menunjukkan geraf menaik.

Kegagalan itu sudah tentu disebabkan kerajaan PN dipimpin oleh Mahiaddin Md Yasin yang tidak begitu berkemampuan mengurus negara, terutama ketika negara berhadapan dengan krisis kesihatan dan ekonomi akibat Covid19.

Kegagalan PN itu diburukkan lagi kerana menteri-menteri yang dilantik Mahiaddin turut tidak berkemampuan sehingga menjadi bahan kecaman dan troll netizen hampir setiap masa.

Apabila Mahiaddin akhirnya meletak jawatan, tidak sedikit rakyat yang gembira dan menjadi lapang dada.