MOHD MUKHLIS
Masalah sebenar dengan rakyat Malaysia ialah mereka tidak tahu
apa intipati perlembagaan dan apa sebenarnya erti menjadi rakyat negara ini.
Acap kali saya katakan yang negara ini adalah berpaksi pada demokrasi
berparlimen dan raja berpelembagaan.
Jadi paling tinggi sekali adalah Perlembagaan Negara. Ini yang
telah memelihara negara kita selama ini dari menjadi negara gagal walaupun
telah cuba di rosakkan oleh Mantan PM macam Najib bila dia cuba alih kuasa
darurat dari YDPA kepada Perdana Menteri. Bila PH naik, PH telah betulkan
kerosakan yang berlaku dengan pulangkan semula kuasa isytihar darurat kepada
YPDA.
Pelembagaan kita ini tertakluk pada pemisahan kuasa antara 3
cabang utama iaitu kehakiman, eksekutif dan legistatif. Tujuan pemisahan kuasa
ini adalah untuk melindungi kepentingan rakyat jika ada mana-mana pihak yang
cuba hendak melanggar Perlembagaan Negara untuk cita-cita peribadi.
Tapi Mahiadin (bukan nama sebenar) telah menguasai 2 pertiga
dari cabang ini dan hampir membuatkan dia menjadi supreme leader bila dia
lantik speaker dewan rakyat dan peguam negara yang bias dan terbukti tidak
mampu mempertahankan perlembagaan negara.
Dari awal lagi dia cuba tunggang tiga-tiga institusi tadi bila
dia tidak cukup sokongan di parlimen; sampai jadi buah mulut media luar negara.
Sebab itu jangan tanya mana pi semua FDI lari, siapa yang berani labur dalam
negara yang PM dia sendiri takut dengan sidang parlimen.
Padahal dalam sistem westminster, Perdana Menteri itu sendiri
datang dan pergi. Undi percaya dan undi tidak percaya adalah sebahagian dari
demokrasi. Boleh ker masuk acara olimpik tapi event tangguh sebab takut kalah?
Dia boleh tangguh sebab pengadil itu geng dia.
Yang tidak sebahagian dari sistem demokrasi adalah bila tunggang
semua cabang perlembagaan untuk kekal berkuasa. Dari tipu jumlah sokongan,
derhaka pada YPDA, derhaka tak mahu buka parlimen, dalam masa yang sama tak
reti memerintah. Kes kematian akibat covid beratus-ratus sehari!
Sedangkan satu nyawa manusia pun bernilai di sisi Islam, inikan
beribu-ribu nyawa hilang akibat Perdana Menteri dan kabinet yang tidak
competant; jangan kita lupa jasa pada ulamak yang menjadi perisai orang yang
zalim tadi.
Hak rakyat untuk berhimpun dan bercakap juga di jamin dalam
perlembagaan negara dalam artikel 10, kita boleh argue tentang ancaman covid-19
untuk kata berhimpun di masa ini tidak sesuai kononnya. Tapi persoalan saya
bila masa yang sesuai?
Bila masa Januari 2021 kes baru 3K tapi DG yakinkan semua yang
Darurat di perlukan untuk perangi Covid-19? Atau bila masa kes sudah 6 kali
ganda sampai 17K waktu darurat sudah tamat? Jadi bila masa sesuai untuk
berdemo? Atau hendak tunggu kes 20K sehari baru nak kata inilah masa yang
sesuai hendak berdemo?
Lagi satu sekarang darurat dah tamat, mana bukti sains dan data
yang DG dan KKM kata darurat bantu perangi kes Covid?
Ingat mereka yang berdemo ini sebenarnya kurang terdedah pada
jangkitan kerana berada di open space, berbanding dengan kilang yang tertutup.
Dan jangan lupa juga jasa pendemo-pendemo yang lepas. Dakwat hitam di jari
pengundi masa PRU14 lepas adalah hasil dari desakan rakyat yang turun demo
bersih. Kalau rakyat tak turun, rasanya ada tak kerajaan akan suruh SPR implement
dakwat kekal?
Lepas itu mereka bising guna saluran yang betul, kita sudah 6
bulan dalam darurat, kes tak turun, nak balik kampung tak boleh, rakyat banyak
kena buang kerja, murung bersepah, bunuh diri macam perkara biasa, hospital
sesak, frontliner letih. Apa lagi saluran yang tak betulnya? Parlimen kena
prorogue sampai 6 bulan padahal derhaka dengan titah YDPA supaya boleh
bersidang.
Tapi bab jarah duit KWAN laju aje mereka. Yang duk backup sangat
ini, saya nak tanya siapa tahu perincian duit KWAN 5 billion tu pergi mana?
Parlimen itulah tempat untuk MP pembangkang jadi check and balance, supaya
kerajaan tidak sewenang-wenang belanja duit rakyat.
Pastu yang bising kata bila parlimen di buka pembangkang suka
buat kecoh, itu sifat parlimen kalau yang jadi speaker tidak adil. Pernah ke
tengok pasar malam senyap? Atau tengok perlawanan bola bisu? MP-MP yang di
pilih tadi bising untuk kesejateraan rakyat. Biar mereka bertumbuk tampar
sekali pun dalam parlimen, janji hak rakyat terpelihara.
Saya nak tanya, kalau MP pembangkang terpekik terlolong dalam
parlimen 30 hari sebulan tapi rakyat dapat bantuan laptop 150K yang di janjikan
kerajaan, rakyat yang hilang kerja di bantu dengan segara, yang murung dapat
bantuan perubatan; anda mahu atau tidak? Itu saya cakap, sokong apa yang
berfaedah untuk kita sebagai rakyat. Ini bila parlimen tutup, satu apa pun
perbelanjaan negara kita tak tahu.
Saya nak tanya lagi, kalau awak nak beli barang online, adakah
awak akan impulse buying? Maksud dia, tengok TV baru, terus swipe, tengok PS5
baru terus swipe? Atau awak semak dulu belanja dapur dengan Isteri, tengok
mampu atau tidak nak beli TV baru? Sama juga dengan parlimen, parliamen ini
adalah sistem semak dan imbang perbelanjaan negara, jangan duk buat macam piggy
bank abah dia aje.
Dan saya ulang juga penyelesaian ikut sistem westminster, bila
mana Perdana Menteri tidak ada keabsahan, ketua pembangkang sepatutnya di
berikan peluang untuk di lantik menjadi perdana menteri. Dan tugas perdana
menteri yang baharu nanti adalah untuk kembalikan maruah parlimen kita dan
secure sokongan yang cukup. Jadi PM baharu tadi gagal dapat sokongan, dia juga
perlu meletak jawatan dan beri pada orang lain.
Tapi jika tidak di beri peluang, kita akan kekal di takuk yang
sama dan hanya mampu berharap dengan keajaiban. Cuma kita kena ingat, rahmat
Allah tidak akan turun pada mereka yang berkhianat dan mereka yang menipu.
Moga Allah perlihara kita dari pemimpin yang zalim.
WAllahualam.