MGF22022018_KonvensyenPerdanaWadiraFELCRA12
Najmil Faiz Mohamed Aris


PM letak jawatan, Anwar dan sekutunya yang untung

KUALA LUMPUR – Kabinet Kerajaan Perikatan Nasional (PN) akan terbubar sekiranya Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan.

Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris berkata, ini akan menyebabkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan sekutunya akan mendapat manfaat, sekali gus kembali meletak jawatan.

Jelas beliau, rakyat perlu serik dengan pemerintahan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) selepas 22 bulan mentadbir negara sebelum ini.

“Jika PM letak jawatan, seluruh Kabinet akan terbubar. Yang untung adalah Bang Non dan sekutunya. Dapat sekali lagi peluang memerintah.

“Tak serik lagi ke? Sudahlah negara berdepan krisis Covid-19, tidak mustahil berlaku lagi pelbagai malapetaka seperti penjualan aset strategik, ketidakstabilan politik, masalah ekonomi serta kegagalan mengurus pandemik ini.

“Tidak mustahil juga Atuk akan menjadi PM interim. “Politics is the art of the possible”. Macam-macam boleh berlaku,” tulisnya di Facebook miliknya di sini.

Najmil Faiz yang Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu berkata, rakyat perlu berfikir secara rasional dengan kemelut politik yang berlaku hari ini.

“Saya minta kita semua fikir secara rasional. Kerajaan PN ini lemah disebabkan perdana menterinya dan juga beberapa pemimpin lain. Perlu kita ingat kerajaan ini mampu berfungsi. adalah kerana Menteri UMNO. Mereka yang sedaya upaya menyelesaikan masalah ini.

“Sediakah kita melihat kehancuran negara yang lebih besar jika PH memerintah kembali Mereka ini tidak pandai mentadbir negara. Kalau pandai memerintah takkan lah mereka menghapuskan GST yang terbukti merupakan sistem cukai yang paling efisyen.

“Mereka juga bagi rakyat RM 30 yang dikatakan mereka antara usaha meringankan beban rakyat. Politik seperti menarik rambut di dalam tepung; rambut jangan putus, tepung jangan berserak.

“Tidak boleh ikut perasaan kerana bahananya jauh lebih besar. Semoga Allah selamatkan Malaysia,” katanya.