PM
letak jawatan, Anwar dan sekutunya yang untung
KUALA LUMPUR – Kabinet Kerajaan
Perikatan Nasional (PN) akan terbubar sekiranya Perdana Menteri, Tan Sri
Muhyiddin Yassin meletak jawatan.
Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed
Aris berkata, ini akan menyebabkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan sekutunya akan
mendapat manfaat, sekali gus kembali meletak jawatan.
Jelas beliau, rakyat perlu serik dengan pemerintahan
Kerajaan Pakatan Harapan (PH) selepas 22 bulan mentadbir negara sebelum ini.
“Jika PM letak jawatan, seluruh Kabinet akan terbubar.
Yang untung adalah Bang Non dan sekutunya. Dapat sekali lagi peluang
memerintah.
“Tak serik lagi ke? Sudahlah negara berdepan krisis Covid-19,
tidak mustahil berlaku lagi pelbagai malapetaka seperti penjualan aset
strategik, ketidakstabilan politik, masalah ekonomi serta kegagalan mengurus
pandemik ini.
“Tidak mustahil juga Atuk akan menjadi PM interim. “Politics is the art of the possible”. Macam-macam
boleh berlaku,” tulisnya di Facebook miliknya di sini.
Najmil Faiz yang Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala
Terengganu berkata, rakyat perlu berfikir secara rasional dengan kemelut
politik yang berlaku hari ini.
“Saya minta kita semua fikir secara rasional. Kerajaan PN
ini lemah disebabkan perdana menterinya dan juga beberapa pemimpin lain. Perlu
kita ingat kerajaan ini mampu berfungsi. adalah kerana Menteri UMNO. Mereka
yang sedaya upaya menyelesaikan masalah ini.
“Sediakah kita melihat kehancuran negara yang lebih besar
jika PH memerintah kembali Mereka ini tidak pandai mentadbir negara. Kalau
pandai memerintah takkan lah mereka menghapuskan GST yang terbukti merupakan
sistem cukai yang paling efisyen.
“Mereka juga bagi rakyat RM 30 yang dikatakan mereka
antara usaha meringankan beban rakyat. Politik seperti menarik rambut di dalam
tepung; rambut jangan putus, tepung jangan berserak.
“Tidak boleh ikut perasaan kerana bahananya jauh lebih
besar. Semoga Allah selamatkan Malaysia,” katanya.