KESIHAN SI SEMBAB
Muhyidin dulu jadi TPM dalam kerajaan Umno/Bn, Umno campak muhyidin.
Tergolek, dan PH pelihara dia. Kemudian dia jadi menteri bawah PH, dia tamak
dan rakus nak jadi PM, dia berpakat dan khianat bersama si kitol Azmin. eraKjaan
PH tumbang, dia jadi PM tebuk atap. Orang khianat tetap akan dikhianati. Sekali
lagi Umno buat hal, terajang pula dia dari kerusi PM. Tergolek lagi. Adakah
beliau mahu mengadu dengan PH lagi? Tidak. Bahkan dia sokong Umno ganti tempat
dia tercampak.
Sebab tu tak pelik bila dia pernah berkata dia tak kisah kalau
orang kata dia bodo...
Jasa PH adalah membantu Umno untuk menurunkan Muhyidin dan
kerajaannya yang ketika itu sedang berusaha untuk mengharamkan Umno melalui
ROS. Kerajaan Muhyidin tumbang dan tiba-tiba ROS mengaku memang ada tekanan politik
agar menekan Umno. Kita jangkakan Umno akan berterima kasih kepada kita kerana
bersamanya menyelamatkan nyawa Umno. Malangnya, Umno bersama dengan pihak yang
bercadang untuk mengharamkan Umno.
Apakah kita menyesal? Tidak, sebab kita sudah biasa membantu
pihak lain. Umno dapat jadi MB Perak pun hasil kerjasama kita juga. Waktu itu,
tidak timbul "No Anwar, No Dap" kerana dengan bantuan PH sahaja Umno
oleh jadi MB Perak. Apakah kita menuntut jawatan Exco dari Umno di Perak?
Tidak. Kita jangkakan di peringkat Pusat, Umno akan bantu kita pula untuk
mengangkat Anwar Ibrahim jadi PM. Rupanya tidak.
Ada hikmahnya kerana dengan beberapa peristiwa, kita boleh
belajar mengenali kawan sejati. Rakyat pun boleh menilai siapa yang jujur
sebenarnya dan siapa yang hanya pentingkan diri sendiri.
WFAUZDIN NS