Orang tua gila dlm buangan, Raja Petra Kamaruddin menulis bahawa
Agong pasti tidak akan melantik Ismail Sabri sebagai PM sekiranya Ismail Sabri
tidak melantik Anwar sebagai TPM.
Dia menulis lagi, dia menuduh dua orang pegawai istana itu
adalah orang kuat Anwar Ibrahim. Ye ke? Kalau begitu lama sudah Anwar punyai
peluang untuk persembahkan SD sewaktu Anwar memiliki SD yang kukuh dulu.
Aku malas nak cerita banyak lagi yang si tua kutuk ini tulis
tentang penghinaan beliau kepada Agong. Bapak kepada seorang budak yang pernah
didakwa kerana mencuri ini bebas buat fitnah kerana dia dalam buangan kat luar
negara. Dia juga ada hutang dengan Rosmah Mansur, isteri Najib kerana menuduh
isteri Najib yang membunuh Altantuya. Orang seperti ini lah menjadi sahabat
kepada parti lebai dan tulisannya banyak dijadikan dalil oleh lebai.
Karangannya menjadi kitab rujukan.
Sebenarnya, Raja Petra sendiri tahu Ismail Sabri belum tentu
dilantik jadi PM, sebab itu dia mula menulis untuk menimbulkan keraguan orang
ramai. Dia sediakan alasan awal sekiranya Ismail Sabri tidak terpilih.
Bagaimana jika, 'Nau'zubillah" Ismail Sabri dipilih? Dia akan karang
cerita lain pula.
Tentang Agong harapkan sebuah kerajaan perpaduan itu sebenarnya
lebih awal Anwar jelaskan sebaik sahaja beliau keluar dari Istana mengadap
Agong. Apa yang Agong mahukan kesemuanya Anwar telah jelaskan dan tidak perlu
orang tua kutuk yang tinggal dalam buangan ini mahu tunjuk pandai.
Elok saja orang tua kutuk ini balik ke Malaysia kalau berani.
Ratusan saman menanti beliau di sini. Jangan jadi bacul seperti Jho Low yang
menyorok luar negara.
WFAUZDIN NS