AHMAD FIRDAUS MOHAMAD
Pembentangan Bajet 2021 tahun lepas, Tengku Zafrul sibuk bertemu
dengan pelbagai pihak termasuk wakil pembangkang. Mendengar pandangan dalam
merangka belanjawan yang menyeluruh.
Beriya la PH bagi pandangan, cis!
Rupanya dalam Dewan Rakyat terbongkar wajah hipokrit banker
tebuk atap dilantik Menteri Kewangan ini. Selepas digasak, Tengku Zafrul dalam
sesi penggulungan Menteri sekali lagi melakukan aksi PR stunt yang jijik. Tabur
segala janji manis yang langsung tak dipenuhi.
Ambil satu contoh, pemberian peranti untuk pelajar seumpamanya.
Pemberian bertukar kepada pinjaman. Peranti yang dijanji tak kunjung tiba.
Beberapa hari ini, wakil banker dalam kerajaan PN ini sibuk
kehulu kehilir bertemu pelbagai pihak sekali lagi. Khabarnya utk Pelan
Pemulihan Negara.
Begitulah kerajaan PN ni. Pi mai pi mai tang tu. PDPR kelaut.
PKP pelbagai versi menyusah dan membazir masa rakyat. Penyudahnya kes masih
tinggi, rakyat masih terkurung, frontliners semakin kepenatan, dan hospital
semakin sesak.