PERLU TELUS AUDIT DERMA ORANG RAMAI- USTAZ EBIT LIEW

 MOHD MUKHLIS MOHD SYARIFF

Ini sahabat saya echo benda yang sama 30 Jun lepas, tentang audit dan ketelusan perbelanjaan ke Gaza. Sebelum Ebit bawang rangers nak mulakan operasi, apa kata suruh dia bentang dulu laporan kewangan audit tabung derma kerana ia adalah wang awam.

"antara perkara utama harus beliau jelaskan secara tuntas adalah melaporkan secara terperinci berapakah kos dan perbelanjaan beliau dan pasukan untuk sampai ke Gaza. Antaranya yang sedia maklum (bagi yang maklum), sudah tentulah pihak berkuasa dan pemerintah Mesir tidak akan sewenang-wenangnya membenarkan mana-mana pasukan bantuan melepasi sempadannya yang dikawal rapi dengan diiringi kenderaan tentera tanpa ‘kos dan mahar yang bersesuaian.’ Atau dengan kata lain, ingat free2 ke boleh lalu sempadan Rafah?

Memanglah secara zahir kita lihat campur tangan kerajaan Malaysia terutama menteri luar negeri, kedutaan dan seumpamanya, namun mereka yang faham politik dan tabiat pemerintah Arab (lebih-lebih lagi yang memperoleh kuasa melalui kudeta), pasti ada rundingan yang perlu dipenuhi atau syarat ketat yang perlu dipatuhi untuk melepasi sempadan negara mereka.

Begitu juga, apa nasib lori yang sarat dengan barang bantuan yang dah dibeli di Mesir yang tidak lepas pun masuk? Justeru, hal ini perlu dilapor dengan tuntas dan jelas kerana ia melibatkan wang derma dan sumbangan orang ramai."

 FURQAN ABDULLAH

Alhamdulillah syukur melihat saudara Ebit dan pasukan beliau sudah berjaya masuk ke Gaza.

Berdasarkan reaksi dan ruangan komen fb beliau, rata-rata rakyat Malaysia amat gembira melihat ‘kejayaan’ beliau melepasi rintangan dan halangan untuk menyampaikan bantuan ke sana.

Namun, izinkan saya untuk memberi sisi pandang berbeza dan ini mungkinlah sebagai muhasabah agar beliau dan pasukan meneliti soal ini bagi mengelakkan ia berulang dan dikhuatiri membazir masa, tenaga dan wang ringgit.

Saya kira setelah berakhir misi beliau ke sana, eloklah beliau lupakan hasrat untuk ke sana semula hatta mana-mana negara luar sekalipun, biarlah pihak yang biasa berurusan menghulur bantuan ke luar negara yang menguruskan. Sebaliknya, beliau hanya perlu kekal mengambil hati rakyat Malaysia dengan kerja kebajikan beliau di samping menambah baik strategi kerja dan kaedah agar tidak berlaku pertembungan atau sebarang konflik dengan komuniti atau agensi setempat.

Justeru, sejurus pulang ke tanah air nanti, antara perkara utama harus beliau jelaskan secara tuntas adalah melaporkan secara terperinci berapakah kos dan perbelanjaan beliau dan pasukan untuk sampai ke Gaza. Antaranya yang sedia maklum (bagi yang maklum), sudah tentulah pihak berkuasa dan pemerintah Mesir tidak akan sewenang-wenangnya membenarkan mana-mana pasukan bantuan melepasi sempadannya yang dikawal rapi dengan diiringi kenderaan tentera tanpa ‘kos dan mahar yang bersesuaian.’ Atau dengan kata lain, ingat free2 ke boleh lalu sempadan Rafah? Memanglah secara zahir kita lihat campur tangan kerajaan Malaysia terutama menteri luar negeri, kedutaan dan seumpamanya, namun mereka yang faham politik dan tabiat pemerintah Arab (lebih-lebih lagi yang memperoleh kuasa melalui kudeta), pasti ada rundingan yang perlu dipenuhi atau syarat ketat yang perlu dipatuhi untuk melepasi sempadan negara mereka.

Begitu juga, apa nasib lori yang sarat dengan barang bantuan yang dah dibeli di Mesir yang tidak lepas pun masuk? Justeru, hal ini perlu dilapor dengan tuntas dan jelas kerana ia melibatkan wang derma dan sumbangan orang ramai.

Oleh yang demikian, saya berpandangan isu sebegini perlulah diteliti dan diambil perhatian oleh mana-mana pihak dan badan yang ingin melakukan kerja kebajikan, seperti yang telah saya suarakan sebelum ini kerja kebajikan perlu kepada ITQAN, bukan secara semberono dan membuta tuli. Lebih-lebih lagi jika melibatkan figura awam yang kemungkinan ada kepentingan politik, bisnes dan seumpamanya.

Sekali lagi ditegaskan, saya langsung tidak ada apa-apa masalah atau kepentingan berkenaan saudara Ebit atau mana-mana pihak yang ikhlas melakukan kerja kebajikan, malahan saya sendiri tak mampu untuk berbuat seperti mereka. Namun, hantaran ini saya lontarkan agar kerja kebajikan perlu dihias dengan akhlak ketelusan dan kebertanggung jawaban (transparency & accountability) yang tinggi kerana ia melibatkan amanah dan akad wakalah bil ujrah (yang diharuskan mengambil upah) yang amat berat neracanya di sisi agama.

 




 

No comments: