AKHIRNYA IDEA ANWAR MULA DITERIMA PAKAI JUGA



May be a Twitter screenshot of text that says "Aidila Razak @aidilarazak @DGHisham says that all say registered Klang Valley residents are to receive at least one dose of the Covid-19 vaccine by Aug 1. Vaccinations sped up in Klang Valley after seeing how this strategy brought cases down in Labuan over the past 3 weeks. Twitter for Android 17:50 15 Jul 21"


EDDY NOOR RIDZUAN

Pada 16 Mac lalu, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mencadangkan agar kerajaan menangguhkan dos kedua dan memberi tumpuan kepada cadangan agar dos pertama vaksin Covid-19 diberikan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Cadangan yang dipandang sebelah mata ketika itu, kini mula diperkatakan semula apabila DG Hisham mengambil contoh strategi pemberian dos pertama ke seluruh penduduk labuan terlebih dahulu mendapat hasil yang baik.

Bukan sekali penegasan DS Anwar Ibrahim supaya dulukan dos pertama semaksima yang boleh dilaksanakan, ia setelah melihat beberapa negara berjaya melakukannya termasuk UK dan Singapura. Akhirnya gesaan DS Anwar mendapat perhatian apabila kes mencecah 5 angka.

Jika strategi ini dilakukan lebih awal, mungkin akan lebih ramai rakyat Malaysia yang terlindung dari varian Covid-19 yang mengganas dan jumlah kematian dapat diminimakan. Malah, jumlah kes yang menular juga mampu lebih terkawal.

Kepada pemerintah yang gagal, berundurlah. Jangan jadi tikus yang membaiki labu. Beri laluan kepada mereka yang lebih mampu dan lebih memikirkan nasib keselamatan rakyat berbanding nasib konglomerat pengusaha kilang.

ENR